Followers

Monday, October 11, 2010

Jagalah Kepercayaan Itu

Sepetang bersama adik-adik usrah memang seronok walau kepala sedikit kacau
penangan kereta dipandu laju oleh adik dalam kesesakan.oh,mabuk sungguh!
Namun keceriaan adik2 yang setia menunggu saya yang lewat sejam sungguh
mengharukan.Sakit beransur hilang.Benarlah,ukhuwah antara pengubat mujarab.


Namun,sebelum sampai ke bumi Naim,ada dialog meminta kebenaran bersama umi 
dan abah yang saya kira agak terkesan kepada saya.


"umi,abah.Ety nak gi sekolah lepas ni,nak wat usrah jap,"permisi diminta,berharap.


"hmm, pukul brapa??"umi hanya bertanya itu,bunga harapan kian mekar.


"pukul 5 pahni"pantas dan yakin sambil tangan memicit sms kpd adik minta diambil.


"ada orang lagi ke nak terima ety kat sekolah tu??lebih-lebih nak gi sekolah??"
wahh,soalan killer dari abah.Aku terpempan namun mindaku ada jawapan.


"ada lagi nak terima ety,janji ngn adik2 kul 5.Maksudnya adik2 terima lagilah ety ni,
lagipun tanggungjawab ety jugak ni,kena wat la,"jawapan yakin walau takut untuk dilontar.Berani kerana benar.huu


"wah,pandai ety bersyarah loni,"abah sinis dalam manis memuji.oh abi.


"ety patut tukar kos agama,baru sesuai,muslimah,"umi menyampuk.


"tak se,ety nak jadi protaz.Wat biotech n pandai jugak bab2 agama ni,"


"muslimah profesional.Telefonlah ko najib(adik) tu" abah menyambung.


Alhamdulilllah,im got permission.Lega.


Jagalah kepercayaan yang diberi oleh ibu bapa kepada kita sehabis baik lebih2 lagi
bagi anak-anak perempuan yang pasti dijaga lebih ketat berbanding anak lelaki.
Saya juga sedaya mungkin tidak mahu merosakkan kepercayaan mereka selama
ini kepada saya walau saya ni agak nakal.Dalam nakal masih ada patuh.Dalam
berkawan masih ada batasan.Dalam bekerja atau keluar rumah,mintalah kebenaran
mereka.Walau sepatah seperti "achik nak keluar jap lagi".


Agar mereka tahu dan kita masih sedar,kita di bawah tanggungjawab dan pemerhatian 
mereka sebelum menjadi milik orang lain.Jika perempuan,sekejap lagi sepenuhnya
dibawah sang suami.Jika lelaki,mereka perlu lebih utamakan ibu bapa tanpa abaikan
hak sang isteri.


Binalah kepercayaan itu agar nanti segalanya berjalan lancar tanpa halangan atau
tidak mendapat permisi.Membina kepercayaan itumungkin mudah namun,
menghancurkankepercayaan lebih mudah dan untuk mengekalkan kepercayaan 
itu yang susah.


Mereka yakni ibu bapa memantau pergerakan kita bukanlah kerana ingin menyibuk.
Tidak sama sekali.Namun ingin menjaga dalam memberi kebebasan terpimpin 
bukan terbabas.Mereka sayang kita sangat-sangat.Dan saya sayang umi dan abah
berganda-ganda.Terima kasih kerana mempercayai anakmu yang nakal ini.


It's a matter of TRUST.Its takes years to build trust and a few second to destroy it.




Segala isi hati ini hanya ALLAH yang Maha Tahu.

1 pengomen sporting!:

Asyraf Shari said...

Terbaik Ety, best of luck!

Selamat berusaha menjadi protazah yang cemerlang, gemilang dan sukses sokmo :)

 

Blog Template by BloggerCandy.com