Bermusafir itu banyak sungguh mengajar, yang mana silibus mengajar
itu datang melalui sisi pandang yang berbeza.Proses P&P dari manusia dan
alam.
Musafir biasa,ramai memilih bawa bagpacker besar gedabak tapi perempuan itu hanya bawa plastik ‘gelenya’
dan beg silang kelabunya gaya shopping bersahaja walhal mahu bermusafir
jauh.Cukup sepasang baju Muslimah,jubah,kot labuh dan aksesori pelengkap
sebagai bekalan.
Perempuan itu cuba
letak setinggi tawakal padaNYA, sampai sahabat yang
menghantar ke terminal risau dan banyak tanya.Tak sempat malam itu untuk
meraikan hari lahir sahabat lebih lama, hanya mampu hulur coklat dan doa sebab
tiket masih entah ke mana.[adeh, tiba2 rasa ada gaya buat pantun sebab banyak
rima sama hujung ayat :P ]
Cuma perempuan itu rasa sangat disayangi kerana ada 2 pihak berebut-rebut mahu menghantar dia ke terminal walau ia adalah miscomm yang tak dirancangkan.Senyum lebar bahagia.Terpacak menunggu 'kereta panjang' sebagai lone ranger, menunggu dengan si dia teman setia senyap ---pemuda
Islam yang dijanjikan.
Turun dari kereta panjang, ada manusia baik menghulurkan kuih,pandai baca si muka tengah kebuluran.Tak sempat nak ucap terima kasih,mereka sudah berlalu,aduh.Niat singgah di masjid tak jadi kerana sudah tutup maka bertapalah di tepi jalan,sedih tapi rasa ala2 indee.Haha.Pesanan penaja, kepada pihak mana2 masjid yang terbaca tulisan ini(ada ke?) silalah jangan tutup masjid, insyaALLAH kita raikan musafir seperti ini menumpang.
Setelah memerah otak(xdela sangat,sebab otak kurang basah untuk diperah),berpencak, bersilat, membuka jurus2 tae kwan do,karate,kungfu ala bruce lee jackie chan,patah-mematah,potong-memotong, misi musafir selesai di daerah itu.Moga ada nilai untuk setiap masa dan idea yang sama2 diberikan mereka yang idealistik menjadi realistik biiznillah :)
Menunggu kereta panjang sekali lagi, memandangkan masih tiada 'driver' tetap.Huhu.
Perempuan itu melihat 1 peristiwa yang sangat mengharukan.Bagi dialah.Usai jamak, duduk membaca 'ayat2 cinta' tapi terhenti dek ralit melihat sekumpulan kanak2 lincah.
Mereka 4 orang berebut-rebut melipat sejadah, telekung+kaen semayang sebelah muslimat yang disepahkan mungkin si pengguna sebelumnya terkejar-kejar dengan urusan kerja sampai hanya mampu tahu guna sahaja.Ada yang lipat sejadah, ada yang susunkan di rak,ada yang kutip2 sejadah yang ditinggalkan.Dengan tekun sekali mereka, seriusly tanpa dipaksa oleh sesiapa.Hinggakan ada makcik2 yang singgah solat berkali-kali memuji mereka rajin sungguh melipat itu dan ini dengan sukarela :)
Kagum dengan tarbiah informal mereka.Seingat perempuan itu,tak pernah pun buat perkara sama dulu ketika seusia mereka.Cuma yang agak melucukan, sempat lagi mereka menaruh compact powder Miami usai solat isyak.Aduyai generasi Y zaman sekarang, baru darjah 3(sempat i/view) dah pandai taruh 'cat' di muka (=.=)
input untuk musafir:
>dibolehkan solat jamak dan qasar bila jarak destinasi lebih 2marhalah@90km
>doa orang bermusafir insyaALLAH makbul selagi mana niat dan tujuan musafir itu tidak kepada kejahatan,tidak melakukan perkara yang dilarang ALLAH dan menjaga makan minum,so banyakkan2 doa,doa,doa ye :)
p.s:tulisan ini lebih kepada travelog pengalaman, tiada input,harap maklum :)

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: ” Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, dan doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir” (Riwayat Ahmad,Bukhari,Abu Daud &Tirmidzi)
0 pengomen sporting!:
Post a Comment