masih teringat-ingat cerita sahabat baik saya,Najah tentang 1 hasrat seorang hamba ALLAH yang mahu sangat meraikan Maulidurrasul pada tahun 1433 dengan sebenar-benar erti, tidak mahu hanya sekadar berarak panjang di jalan, berselawat ramai-ramai dengan pakaian seragam dan balik setelah makan nasik jamuan..that it.
Dan seperti biasa, hasrat murni hamba Allah ini sangat buat saya terasa kepedasan cili dan sungguh tak pernah terpikir nak buat sebegitu rupa iaitu;
"saya nak khatam buku sirah Nabi SAW sebelum tiba hari Maulidurrasul"
ok,mungkin ada yang kata ala comman la, aku dah khatam dah buah buku sirah Nabi kut, Bagus2, tahniah saya ucapkan. Tapi saya bukan lagi seperti anda dan mahu seperti anda juga, mahu kenal Baginda dengan lebih dekat, nak buat sesuatu yang memberi erti pada diri yang tak tahu bila dijemput Ilahi
Dengan harapan bila dah kenal Rasulullah SAW walau tak banyak, Baginda SAW juga akan kenal saya dan sudi beri syafaat pada insan ini di akhirat kelak, itu sahaja~
Seriusly,semakin banyak kita kaji dan baca sirah, semakin kita tahu betapa Rasulullah SAW sangat sayangkan ummatnya.Sangat, sangat, sangat sayangkan kita walau tak pernah sempat nak jumpa.! saya tauqidkan dengan 3x SANGAT disitu.
contoh kaseh sayang Nabi pada kita :)
i)Nabi SAW mintak solat yang sepatutnya 50 waktu sehari semalam jadi 5 waktu kerana Baginda tahu ummatnya tak mampu nak buat sewaktu Isra' Mikraj
ii)selama Baginda hidup,telah berlaku 26 ghazwah dan 38x sariyyah semata-mata mempertahankan dan menyebarkan Islam.Kalau tidak kerana usaha Baginda dan para sahabat mungkin Islam yang kita anuti sekarang tak sampai pada kita,Allahuakbar!
iii)Rasulullah sentiasa mengambil berat keadaan ummat dan mendoakannya:
Ada satu kisah yang buatkan saya terkedu dengan cinta manusia hebat pada ummatnya seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bazzar daripada Aisyah berkata;
Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”
iv) Rasulullah SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:
Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)
v)Yang terakhir walau sangat banyak lagi bukti kasih Baginda SAW pada ummat seperti semua kebanyakan tahu apa yang disebut-sebut di mulut mulia Nabis SAW ketika hampir wafat tak laen iaitu menyebut "ummati..ummati..ummati.." walau sedang nazak dengan sakit itu Baginda SAW tak pernah behenti dari mengingati dan risaukan kita ummatnya.
Kerdil rasa diri bila berbicara cinta Nabi SAW . Baginda berjuang habis-habisan untuk ummat dan kelangsungan Islam tapi diri nak berjuang pun beralasan banyak, belajarpun ala kadar,kata nak berjuang untuk Islam T_T
Suka dengan kata2 ini( maaf,saya banyak quote kata2 orang saja)
"Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani. Meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga. Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera, menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi"
Moga kami mampu meneladani sunnah-sunnahmu dalam tiap langkah dan gerak laku wahai Murabbi Cinta,Rasulullah SAW~
0 pengomen sporting!:
Post a Comment