Followers

Sunday, October 9, 2011

Mencari Titik Stabil



Bismillah wa alhamdulillah :)

Post pertama dari bumi Kuantan (macam duduk oversea la plak).Sangat rindu dan gatal tangan nak update blog setelah hampir sebulan duduk di sini tercapai akhirnya.Alhamdulillah.

1)Mencari titik stabil.

Term yang mungkin sesuai bila mana diri sedang adapt dengan suasana sekarang.Masih berta'aruf dengan kos Biomedic(BMed) untuk terus kenal dan mula semai cinta pada si BMed.Dan untuk pengetahuan, semester ini kami agak relaks dan steady sebab tak ambik banyak core subjek.Ya, hanya empat,sila jeles :)

Pesanan dari seniors yang baik hati, nak dapat pointer tinggi setiap sem paling penting buat pre n post reading dan fokus dalam kelas.Lebih2 lagi bila dapat lecturer foreigner lagi2 lah kena prepare sebab english slang laen susah sket nak grab apa dia cakap.Tak tipu, duduk plak baris belakang dalam lec hall, memang ternganga nak paham.Grrr.

Juga paling penting masih mencari titik stabil antara akademik dan amal Islami yang tiada menjadi nombor 2, sama2 perlu diselia sama rata.
Juga stabil antara rasional dan emosi , biasala perempuan emosi kadang mendahului rasional dapat berfikir dan buat keputusan.

2)Masa tak tunggu dan ia laju.

Maka gunakanlah ia sebaeknya.Ingat lagi status fb k.husna beberapa hari lepas tentang kenapa ALLAH bersumpah dengan masa dalam surah-Asr..

"Jangan mencuri masa saya dengan tidak menepati janji. Kini, baru benar-benar mengerti kenapa ALLAH bersumpah dengan MASA: "DEMI MASA".Lantas, memang benar terlalu ramai yang kerugiannya kerananya.Maaf,kalau saya juga selalu mencuri masa anda. Halalkan masa yang tercuri itu, dan memang saya tak mampu mengembalikannya. Sebab itu, MASA sangat berharga. Mari jadi MAHASISWA BERDISIPLIN.

Dan ya, masa adik-beradik kembar dengan disiplin dan anak-beranak dengan hidup.Mudah kata masa adalah hidup dan hidup adalah masa.Tiada hidup tiada istilah masa rasanya.

Dan kalau dah namanya masa dan disiplin tu kembar semestinya tak leh jauh, kena rapat dan kamcing.Masa yang ada kena usaha biar berlalu dengan baik.Sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah dan korbankan kalau boleh untuk perkara kurang penting.Manage our time well,itu kuncinya.


Dan ada 1 statement yang saya suka iaitu,

"..hanya orang yang sibuk tahu menggunakan masa sebaiknya.."

tak caya, sila dan cuba jadi sibuk,masa anda akan jadi sangat berharga..! 24 bagai satu pusingan yang cepat.Tengok2 tarikh dah bertukar.Sangat cepat.

Ada 1 pesanan penaja:plan perjalanan sebab banyak benda kena kejar.
Balas saya: baeklah, sebab betul, duduk sini bukan keje nak kejar bas je :P

3)Stay positive in doing and mind


Tak perlu cerita panjang, positif inilah yang memotivasikan kita.Buat kita berfikir setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Buat kita sedar bahawa kita merancang, ALLAH  juga merancang dan perancangan ALLAH adalah yang terbaek.Subhanallah.Banyak sudah bukti-bukti berlaku depan mata :)

Biarlah setiap hayunan langkah dikaitkan dengan tarbiyah, secara langsung atau tidak,berwasilahkan pelbagai cara didikan. Moga insan yang pernah mendapat tarbiah lebih kuat dan seterusnya dapat kuatkan orang sekeliling, tak banyak sedikit pun jadilah.

Itu sahaja,rasa dah terlebih panjang, dah lepas gian nak update blog.Walau ayat dah caca marba akibat lama tak bermadah pujangga.

Terus doakan saya kuat sebab saya memang tak kuat~

ps:terima kasih cik athirah athirahsebab setia di sisi saya selalu.

0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com