Followers

Monday, August 8, 2011

Repost: Mencari Erti Takwa

Bismillah walhamdulillah.


SMS-SMS CINTA DARI ALLAH SWT
Tengok sebelah kanan.Dia tunduk membaca,kadang minta saya ajarkan apa 
yang susah untuk disebut.Dari tersekat-sekat sudah makin baik bacaannya.

Tengok sebelah kiri pula, dia buka lembaran, mulakan dari belakang, ambik
yang pendek-pendek sahaja.Takpelah dari takde lansung.Biasanya lepas berbuka
kerana mungkin tenaga baru dijana, dia memilih bermain tapi hari ini memilih untuk 
duduk bersama.Budak, bak kata seorang ustaz, 200 kali suruh baru melekat di kepala.Ya,saya dan anda pun punya pengalaman yang sama dahulu :)

Tiap waktu petang, dari kejauhan,usai solat Asar, alunan bacaan dari masjid 
memenuhi ruang udara kampung sementara menunggu waktu berbuka.Zaman berubah, 
kalau dahulu suara tua sendiri yang menbaca bergilir-gilir tapi dengan teknologi
sekarang, suara imam Masjid Mekah boleh menjengah telinga dari speaker menara 
masjid dengan klik di hujung jari, memilih bacaan dari playlist.Alhamdulillah.

Indah sungguh suasana ini.Itulah alunan Al-Quran, bait-bait Kalamullah yang 
sungguh sinonim di sana-sini bila tiba bulan Ramadhan, bulan diturunkan Al-Quran.
Tidak kira tua,muda dan bila-bila masa kalam itu bagai muzik indah yang 
menenteramkan jiwa.

Tadi, setelah solat Maghrib menunggu Isyak, kitab cinta dibaca dan ditelusuri tafsirnya.


  "dan ini adalah kitab (Al-Quran) yang kami turunkah dengan penuh berkah.
Ikutilah dan bertakwalah agar kamu mendapat rahmat" [Al-An'am: 155]

Terus teringat ayat sebab nuzul yang membawa kepada kewajipan berpuasa,


   "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
     diwajibkan atas orang sebelum kami agar kamu bertakwa" [Al-Baqarah; 183]

Kedua-dua ayat ini membawa pesan sama yakni takwa.Takwa ialah takut kepada 
Allah ada juga dengan maksud melaksanakan sesuatu yang diperintahkan dan 
meninggalkan sesuatu yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya.Nah,betapa karibnya 
Ramadhan dan Al-Quran seolah tak dapat dipisahkan.

Bila kita membaca Al-Quran kita tahu apa yang disuruh dan dilarang dan dengan 
berpuasa pula kita mengikat diri dari tunduk kepada nafsu kerana takut pada 
larangan Allah. Apabila matlamat takwa diletakkan di hadapan, maka tidak dapat 
tidak ia bagai catalyst untuk mengerakkan kita mengerjakan segala perintah Allah 
dan sentiasa mengharapkan keredhaanNya.

Takwa adalah maqassid agung buat jiwa-jiwa yang sedar betapa tingginya maqam 
takwa di sisi Allah dan betapa hebatnya nilaian takwa di akhirat nanti sesuai dengan firmanNya:


"sedang syurga didekatkan kepada orang yang bertakwa pada tempat yang tidak jauh (dari mereka).(Kepada mereka dikatakan) "Inilah nikmat yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada  hamba yang sentiasa bertaubat dan memelihara (semua peraturanNya).Iaitu orang yang takut kepada Allah yang Maha Pengasih, sekalipun tidak kelihatan (olehnya ) dan dia datang dengan hati yang bertaubat" [ Surah Qaf : 31-33]

Nah, bukan sembarangan tapi syurga yang telah dijanjikan kepada mereka yang 
bertakwa dan ia termaktub kemas dalam Al-Quranul Kareem.

Sesungguhnya, dengan mentadabbur Al-Quran serta ibadat puasa hanya merupakan 
salah satu alat untuk mencapai takwa serta salah satu jalan yang menyampaikan 
kepada takwa.

Moga kita bertemu dan diketemukan dengan takwa itu dengan izin pemiliknya.

Mode.
Rindu Ramadhan, moga Allah rezeki temukan dengan Ramadhan Al-Mubarak 1434.

p/s: saya  jeles pada hafiz/ah yang punya Al-Quran di dada.
Jeles perkara baik takpe kan =)

4 pengomen sporting!:

shena said...

eti ;)

iya kan,jeles pada hamalatul quran.jom2,kita follow.

Izzati Nur said...

shena, miss u too much..!

ha'ah, jeles sgt2, moga ALLAH bg kita hati yg terang utk ikut jjak lgkah,
sket2,lama2 byk kan :)

srikandi syuhada' said...

awat nak jeles2 pulak ni eti...
tak semestinya budak hafiz/ah budak hebat..bese saja baA...=)

Izzati Nur said...

tp semestinya mreka hbat sbb ad Al-Quran di dada sue :)

doakn eti bia jd bdk baek skmo deh

 

Blog Template by BloggerCandy.com