Mendongak langit, mencantum bintang-bintang
lukisan buruj kelihatan, entah apa namanya
langit cerah ditemani bintang terang
tenang sungguh udara malam-malam Ramadhan
dalam-dalam kuhirup, mengambil segar dari berkatnya
ramadhan bulan kesabaran,
bulan Al-Quran, bulan penuh berkah.
Bermenung, bagaimana tahun ini?
kualitinya, adakah masih seumpama yang lalu atau berbuah baik
pengisian, penghayatan, berlalunya hari demi hari
kesannya moga membekas pada jiwa dan diri
bercita mahu berpesta ibadah
tapi kadang tewas jua pada juadah
penuh payah berlelah tak cukup nafas,
bila mana bertadarus al-Quran
tersengguk bila imam terawih baca sedikit panjang,
sesudahnya,gaduh-gaduh mengejar moreh terhidang,
Allah, lemah sangat muhajadahnya..!
Berteleku, dosa menggunung tinggi,
dek mazmumah menang dengan mahmudah
wahai diri, kapan mahu total berhijrah
mahu tunggu dari barat mentari menyua?
ahh, mana bisa..!
benar, diakui iman itu ada turun dan naiknya
maka semampunya letaklah di depan
ladangnya akhirat,
pasti nanti tiada gelap
bak langit malam bersulam bintang
terang, menerangi alam raya
Andai ini Ramadhan terakhir,
sudilah kiranya Allah memandang hamba kerdil ini,
moga TAQWA itu sudi diberi,
harapnya tidak rugi lagi untuk kesekian kali....
-Izzati Nur, Taman Seri Tapang,
1233am,4 Ramadhan 1432H-
Ramadhan Kareem, Allahu akram untuk semua
6 pengomen sporting!:
ANdai ini ramadhan terakhir, layakkah aku berhari raya?
Masya Allah..
Salam mujahadah dengan ibadah. Letak ketepi malas, angkat ke depan ikhlas. insya Allah, syurga di akhirat kelak ALlah balas.
=)
tak salah langsung kak..!
moga ikhlas i2 milik kita bsma
lalu syurga kelak balasannya :)
SubhanaAllah entri yg mnarik skali. Moga rmadhan kali ini penuh makna. Sama2 lah kita mlwn nafsu yg sering kali mnyebbkn kta lemah utk beribadh. Hargai dan manfaatkanlah buln rmdhan .:)
@arfah
-tq.insyaAllah :) syukran sudi singgah.sama2 memaknai Ramdhan mulia ini
SubhanAllah. semoga kita sentiasa mendapat keredhaan-Nya
Mosr welcome. :)
Post a Comment