Ini kisah antara si Miskin yang mengadu nasibnya yang serba kurang.
Kadang ada rasa nak bagi sedekah tapi tak boleh sebab dia pun kais
pagi makan pagi.
Si Miskin :Hamba bukan nak dengki tapi datang jugak rasa jeleous
tengok si Kaya duk bersedekah, bukan sedikit tapi nak-nak
beribu,hamba nak kasi pun takde apa-apa
Murabbi : Cukuplah kalau kamu ucapkan Subhanallah, Alhamdulillah,
Lailahaillallah,Allahuakbar.Maka timbangan amal kamu akan juga
memberat seperti mana si Kaya bersedekah.
kali amal, dapat pahala bersedekah satu dan berzikir lagi.
Murabbi :Tapi ingat dia pasti disibukkan dengan hartanya itu.Sambil
berzikir kalau yang ada orang gaji "bik, dah siap makanan
subhanallah..."bik dah bagi makan kucing?" Tapi kamu,
banyaknya masa dapat diguna.Sambil menyapu rumah
boleh,sambil masak,sambil basuh baju, sebab kamu
sering mengadu dengan Allah.
Si Miskin :Oh, tapi hamba nak jugak merasa naik haji macam si Kaya,
mereka pakej siap haji dan umrah lagi.Hamba ni hanya
mampu tatap Kaabah di tikar sejadah.
Murabbi: Tiada kewajipan bagi kamu si Miskin sebab kamu tidak
berkemampuan tapi menjadi kewajipan pada si Kaya
kerana hartanya dan dia berkemampuan.Sayangnya dan
Maha Tahunya Allah keadaan kamu dan Dia tidak
membebankanmu dengan apa yang tidak kamu mampu.
Si Miskin :Bermakna mereka tetap dapat pahala banyak sebab dapat
buat banyak kebaikan dengan kekayaan mereka..
Murabbi :Ya, memang, jika mereka ikhlas melakukan kerana Allah.
Tapi untuk kamu juga Allah sediakan pahala yang banyak
bila kamu BERSABAR atas ujian kemiskinan.
Si Miskin : ............ [hanya tangisan kedengaran]
Semua akan kembali kepada bagaimana kita menyikapinya. Rasa
kurang tepat kalau dikatakan bahawa muslim ideal itu adalah
yang miskin saja atau yang kaya saja. Yang ideal adalah yang
miskin tapi bersabar dan yang kaya tapi banyak berinfaq serta syukur.Keduanya telah dicontohkan langsung oleh Rasulullah saw
dan para sahabatnya.
Abu Bakar as-shiddiq, Utsman bin Al-Affan, Abdurrahman bin Al-Auf
radhiwallu anhum adalah para shahabat Nabi saw yang diluaskan
rezekinya oleh Allah. Bahkan Umar bin Al-Khattab pun pernah diberikan kekayaan yang luar biasa melimpah-ruah. Dan yang paling kaya di
antara semua itu adalah Rasulullah SAW sendiri.
Namun semua hak yang beliau terima itu tidak menjadikan beliau
hidup di istana megah, atau mengoleksi semua baju termahal dunia,
atau makan makanan terlezat di dunia. Semua tidak terjadi pada
beliau, sebab semua harta yang beliau dapatkan hanya beliau
kembalikan lagi buat para fakir miskin yang memerlukan.
Demikian juga sahabatnya,Abu Bakar Ash-Shiddiq,beliau memiliki
kekayaan dunia. Beliau seorang saudagar besar.Tetapi seluruh
harta yang beliau miliki diinfaqkan ke baitul muslimin. Ketika ditanya
apa yang disisakan untuk anak dan isteri, beliau hanya menjawab
bahawa untuk anak dan isteri adalah Allah SWT. Subhanallah!
berbekallah kamu, dan sebaik-baik bekal adalah taqwaRenung-renungkan dan selamat beramal.Wallahu 'alam Tweet
0 pengomen sporting!:
Post a Comment