"[dipetik dari sebuah blog, moga bermanfaat]
Ustazah Pilihan’ merupakan sebuah program realiti TV yang terbaru akan muncul di
Astro Oasis. Tujuan program ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
memamaparkan para muslimah yang akan dibentuk sebagai seorang muslimah yang sejati.
Pendek kata, mana-mana ‘ustazah’ yang memenangi program realiti TV ini bakal
dilihat seperti ‘bidadari dunia’, sempurna untuk hati seorang lelaki.
Bagi saya, program ini sama sekali tidak sesuai. Bukan kerana identiti syiar Islam tidak
suka dipertonton, tapi menyalahi konsep seorang muslimah yang penuh dengan sifat
Al-Haya (Pemalu) dan yang paling utama, kaum hawa ini merupakan fitnah terbesar
di dunia ini!Apatah lagi dalam keadaan masyarakat kita yang berada dalam kejahilan
sekarang ini.
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih
bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang
berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Kulasan saya :
1) Saya yakin dan percaya bukan semua muslimah setuju dengan program sebegini.
Bahkan bagi saya mungkin juga program ini akan terjatuh dalam hukum yang HARAM.
Apa yang HARAM? Aurat dah tutup, muslimah lagi tu..Oleh sebab kejahilanlah maka,
masyarakat sekarang cukup dengan mempunyai pesepsi menutup aurat sudah memadai!
Yang HARAM adalah fitnah yang akan berlaku pada program ini, dan pada wanita-
wanita ‘muslimah’ yang berada dalam program ini.(memandangkan tv bukan hanya
ditonton oleh kaum hawa)
Namunpun begitu, saya bukanlah seorang ulamak mujtahid yang boleh menjatuhkan
hukum,cuma saya mengkiaskan daripada hadith2, dan apa yang ulamak sebut. Saya
akan rujuk pada guru saya untuk lebih lanjut.
2) Perhiasan yang dipertontonkan orang mengundang bahaya. (wajah, bentuk badan, dan
kadang2 kerana ciri ‘solehah’ yang ditonjolkan! )
Nabi SAW bersabda : “Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”. Allah pula
berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 14 : “Dihiaskan bagi manusia itu dengan
kesukaannya pada shahwat berupa wanita….”.
Dalam konteks ini, walaupun rancangan ini merupakan rancangan ‘Ustazah Pilihan’
pastinya segala aurat sudah ditutup bahkan mungkin lebih baik daripada itu. Namun
sebenarnya rancangan ini sekaligus menjadi ‘santapan’ lelaki yang bermasalah hati.
Muslimah bukan perempuan murahan.Tidak diperagakan menawan dihadapan lelaki ajnabi,
bahkan mengenalinya sahaja cukuplah dengan nama. Rancangan ini bakal merosakkan
hati-hati kaum laki-laki hatta para Ustaz, sekaligus mengundang fitnah yang terbesar.
Mat rempit memang tak tengok cerita macam nie.. tapi ust-ust?? yang muda mudi..
yang asalnya berusaha untuk mengikut jalan Islam, menjadi pemuda pemudi yang soleh..
tapi disebabkan tipu daya yang berlaku sekarang..maka semuanya rosak binasa!
3) Cukuplah kalian menjadi Muslimah di hadapan mata suami / bakal anda sendiri.
Muslimah adalah perhiasan yang terbaik untuk suaminya. Perhiasan yang sangat
cantik di dunia. Melihatnya sahaja walaupun dalam keadaan berpakaian penuh mampu
mengundang syahwat dan nafsu. Bahkan bukan sahaja mengundang bahaya kepada
dirinya sahaja dari segi keselamatan (maklumlah, jika dah terkenalkan…),
malahan mengundang bahaya kepada dirinya dari segi ‘title’ muslimah itu sendiri.
Silap hari bulan, suami perlu bersabar dengan peminat si isteri, bukan terkenal
kerana ketokohan, tetapi terkenal dengan kata-kata begini :
“Eh.. Ini pemenang ustazah pilihan kan?”
4) Muslimah mulia dengan sifat malunya. Biarpun hari ini, ramai yang berkata perlunya
muslimah bekerjaya, biar berdiri setanding dengan muslimin, malunya muslimah itu
sentiasa ditutupi dengan kesederhanaan.Seorang muslimah sepatutnya sudah tahu
had-had wanita bekerjaya. Jika sudah jadi peserta “Ustazah Pilihan”, kepandaiannya
sudah pasti diujibakat dan dipertontonkan, kepimpinannya juga diujibakatkan dan
dipertontonkan, tatasusila juga diujibakatkan dan dipertontonkan… Manakah dia
rasa ‘malu’ yang seharusnya memberikan ‘keistimewaan’ itu kepada si suami?
5) Buat penganjur rancangan ini, anda harus siap untuk ditanya kelak oleh Allah taala,
dengan apa yang telah anda lakukan. Anda mengundangan kepada maksiat dan fitnah.
Sedangkan pada zaman Rasulullah saw, baginda sangat menjaga kemulian seorang
muslimah itu. Sangat menjaga fitnah antara laki2 dan perempuan. Bahkan dahulu
setelah selasai solat jemaah di masjid, para jemaah muslimat akan keluar terlebih dahulu..
beredar pergi meninggalkan masjid. Kemudian baru diikuti dengan yang laki2…
Dosa yang anda akan tanggung adalah sebanyak mana, dan bahkan lagi berlipat2 kali ganda..
Anda akan menanggung kesemua dosa2 maksiat dan fitnah yang terjadi dalam program ini..
‘ Ustazah Pilihan! ‘
6) Pada asalnya saya lihat, rancangan ini memang sangat bagus. Tapi apabila, television ini
kita tidak dapat mengawalnya.. kerana yang laki2 juga tengok. Maka kaedahnya menjadi
tidak sesuai. Cara syiar Islam cuba disebarkan tidak kena pada cara dan keadaan.
Apa persamaan Imam Muda dengan Akademi Fantasia? Mereka ini diperkenalkan
dipertunjukkan kehebatannya. Baiknya Imam Muda kerana Islam yang disyiarkan.
Tetapi, apa beza Imam Muda dengan Ustazah Pilihan? Persamaannya adalah Islam disyiarkan,
tetapi bezanya : Ustazah Pilihan tetap tak kena pada cara…
Kesimpulanya :
Sebenarnya, seorang muslimah sangat mudah untuk memasuki syurga setelah berkahwin.
Kata guruku, mereka hanya perlu menjaga 2perkara :
Yang pertama : Melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim dan meninggalkan
segala larangan-Nya.
Yang kedua : Menjaga suaminya.
*HASBUNALLAH WANI'MALWAKIL...
link
***************************************************************
Pendapat anda bagaimana?? Sama ada:
a)elok benar tak ditayangkan
b)boleh bersyarat
c)aiman tak kesah
d)saya pihak berkecuali
Ada lagi komen yang panas dalam facebook :
"'ustazah yang benar-benar ustazah takkan join program ini"
"x perlulah tonjolkan diri sangat sampai masuk realiti tv,kalau dah jadi ustazah.."
kata saya: cukuplah dengan tittle USTAZAH pada adik-adik, sahabat-sahabat :)
p/s:tv al-hijrah pulak dengan program Muslimah.. Tweet
13 pengomen sporting!:
setuju ngan saudari.
mula2 dengar pasal program tu kejut kakloh, nak ssuko pun ado.
first thing came across my mind mse tgok iklan Ustazah Pilihan:
"Ada ke yg nk join?"
Sbb kite semua tahu, seorang ustazah yang benar2 ustazah takkan terlibat dgn bnda ni kn?
Assalamu'alaikum...
Sy pilih A untuk soalan penulis di atas... ^^,
@Qistina
nak ssuko narak ko,tutup mulut tuh
@sukma atiqah
kita tgok sape jd pserta,hope
kalu benar2 proceed,kita tgok sape jd ustazah pilihan
@samizul
sy pun sama :) tq
Saya pun pilih A... Semoga kita & orang² yang kita sayang tidak terjebak...
em, ima pun setuju.
elok dah ade Imam Muda tu.
tp bile nk buat Ustazah Pilihan tu, terus tersu'uzhon, rasa mcm diorg ni hendakkan populariti sahaja.
PS: ustazah mana la yg join ni nnt
as salam..dtg mencelah ckit buley??
bukanlah brada di pihak bkecuali atau mahu menhukum, cuma kalau mahu diperkatakan hal nie, mmg pnjg lebarlah jdnya kn?? sume bnda kt dunia nie ada pros n cons..jika byk prosnya dan xmlggar syara`, bg ana khair saja.. tp jika berkaitan wanita@muslimah, rujuklah pd alim alamah kita dan hadis Rasul junjungan serta igt ttg fitnah wanita dlm kncah era skrang nie...dan Allah lebih mengetahui..:)
@Zurina J
-ameen, moga ALLAH melindungi kita smua :)
@Ima
-mari kita berhusnu zhon =)
@mr.Ano
-kalu kita tgok Ust Azhar Idrus(ulama iAllah), Ust pun xmnyokong rncgan ni sbb mlibatkn mslimah yg bgai ditayangkn in public.an xnafikan mmg ad pro jk btul2 in the line of syariah rncgn ini dibuat,.mohon ALLAH jauhkan dr fitnah..syukran mr.Ano, komen enta sgt dialuakn :)
afwan..syukran atas info ttg ust azhar 2:) smoga sgalanya mndpt keberkatan:)
sokong insan yg menulis blog ni... tp... ntah lah.. ustazah pilihan je ke yg ada masalah.. cite lain dalam tv x de mslh plak ke?..
kalau kita nak memperlihatkan diri kita ni tak sehebat dan segah mana manapun .. yang muda makin lupa akidah , apatah lagi yang tua .. daripada asyik dengan program realiti hiburan, apa salahnya kalau program ini diwujudkan .. mungkin salah seorang ustazah, dapat menjadi ikon pada remaja diluar sana .. cuba kita fikir dan imbas kembali jasa srikandi islam atas keberanian dan kesungguhan mereka dalam menegakkan agama .. ya saya tahu , seindah hiasan adalah wanita solehah .. tapi perjuangan wanita pada zaman nabi dahulu sentiasa memberanikan diri demi agama .. mungkin berbeza cara penyampaiannya dengan zaman sekarang .. kita jangan salahkan sesuatu program tu terus menerus dengan melihat aspek yang negatif .. kena lihat dari aspek positif juga .. mungkin dengan kehadiran Ustazah Pilihan dapat membantu golongan2 lain yang memerlukan nasihat dan pakar yang berkaitan hadis2 dan sunnah2 ..
saya sokong nur fikah, awat cerita lain x jdi mslh.think positive.
Post a Comment