Followers

Saturday, June 11, 2011

Bermula dengan minda menang dan Ukhuwah.

Bismillah wa alhamdulillah :)

Hantar mesej kepada sahabat sekumpulan:

"nombor 1 xpo doh kita budyy"
 "kak, kok mano2 pun wajib nombor 1 kito nieh"

Sangat poyo bila difikir balik, tapi itu lah rezeki ALLAH pada kami pada pagi jumaat.
Alhamdulillah, tamat Explorace Serambi Mekah 2011, 1 perkataan.UKHUWWAH!

Mengelilingi Kota Bharu, berkejar-kejar dengan 25 kumpulan lain yang tak kurang
hebatnya, meredah manusia di pagi jumaat di Medan Ilmu, melintas jalan secara
bahaya,menawan menara mencerap bulan, 'bergaduh' mahu dilayan dahulu bila tiba di
checkpoint,mengomel bila checkpoint tidak ketemu,membilang bilangan bazar
Tok Guru,mengenal kueh tradisional Kelantan.Indah!

Bila tiada saingan di belakang, kami perlahankan speed, letih,sesak kurang nafas.
Muka semua sudah merah, oksigen indebted! Mahu glukose..Saya pula sering
ketinggalan di belakang kerana diri sebenarnya tak boleh lari kuat, perut jadi sakit.

Kalau Ali dalam filem Childen of Heaven, berlari kuat sebab termotivasi
dengan hadiah nombor 3 iaitu sport shoes dan teringat adiknya, Aminah,dia jadi juara!
Saya termotivasi dengan muka-muka sahabat dan teman seperjuangan yang bakal
berjumpa hari ini.ALLAH, mereka memberi efek besar dalam larian saya.

Saya genggam tangan buddy, Amirah..'demi ukhuwah itu, pimpin aku mirah deh"

Benarlah, dengan bermula dengan jiwa 'aku boleh..!"InsyaAllah gemaan semangat
itu sampai ke ke atas,diaminkan para penduduk langit.

Explorace serambi Mekah-Kami Anak Kelate Bermaruah
kenangan johan belah muslimat :)
Benarlah, sahabat yang setia pasti sentiasa bermain di bayangan mata,walau kita
jarang berjumpa, dengan ukhuwah yang bermula dengan lafaz bismilllah dan diring
dengan satu amanah itu jualah yang menjadi motivasi kepada saya.Syukran sahabat :)

Konklusi, Islam pasti menang bilamana pejuang-pejuangnya set minda seperti Al-Fateh
bahawa dialah yang bakal menakluk, sepertinya mustahil tapi telah terbukti.Jika kita
yakin dan diring usaha gigih.Islam juga  pasti menang bila berjuang ramai-ramai, bukan
sorang-sorang saling menguatkan,meminjam semangat, skala motivasi pasti naik.

3 pengomen sporting!:

::Siti Nur Adibah~10:: said...

terbaek dik!! 2 thump up!

fairuspeng said...

terima kasih untuk sepotong kek yang sedap..

tolong potong ko ore lain jah.. buleh make so juring jah.. tu pun kongsi..hehehe

Izzati Nur said...

@k.diba

-tQ kak =)

@a.peng

-xckup deh, sero byk doh.
hmm sbb ramai peminat tegar SR kot,nati la,kalu ado rezki,iALLAH sepotong lagi.make dgn shbt2, hok sket pon sero kenyang =)

 

Blog Template by BloggerCandy.com