Followers

Monday, May 9, 2011

Baki Seminggu Bersama

Kehidupan ibarat stesen-stesen transit yang panjang, bila sudah sampai destinasi,
kaki harus melangkah walau sayang nak tinggal kerabat yang sama-sama pada mulanya
tapi ada yang lain destinasi atau ada tuntutan lain yang belum tertunai


Setelah 2 tahun singgah di stesen matrik UIA PJ, diri dan sahabat-sahabat lain
akan mula mencari arah masing-masing.UIA juga mahu mengambil penumpang lain
Ada bakal ke Gombak,Kuantan dan ada yang meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Tak kurang seminggu dari sekarang bagi yang tidak ambil subjek UNGS untuk kita sama
melakar memori, mencipta kenangan.Semakin banyak,semakin sukar nak lepas pergi.

Yang ke Gombak, entah bila dapat duduk makan, bergurau bersama-sama lagi.
Walau Gombak-->Kuantan 3 jam lebih, ruang ingatan untuk sahabat harapnya masih ada.
Ada yang arah sama ke Kuantan, moga kita walau masing-masing sibuk nanti,
masih ada waktu untuk kita bersama-sama turun berjuang bila ada on calls.

Sedih, tapi setiap pertemuan itu ada perpisahan kan.

Tapi ingat,antara golongan yang dinaungi ALLAH di hari tiada naungan selain
naunganNYA iaitu hari akhirat ialah "Dua orang yang yang saling mencintai, mereka
bertemu dan berpisah kerana ALLAH". Moga kita semua tergolong dalam golongan itu.
Bertemu, bersama berjuang dan berpisah segalanya disandarkan kepada ALLAH,ameen.

Semoga kita dalam hangat berukhuwah, dalam pada masa sama sedaya mungkin kita
bina ia sampai tahap ukhuwah tertinggi.Senang untuk cakap "saya lebihkan kamu"
tapi sangat susah nak buat bila bila berdepan dengan situasi sebenar.

Peringkat Ukhuwah :

Berlapang Dada(Salamatussadr)> Sama Rata> Melebihkan Sahabat(Ithar)


Di mana tahap ukhuwah kita sekarang ya? Kalau dapat membumikan tahap 1 itu pun
dah kira sangat baik.Tiada yang teremosi lebih, marah tak tentu hala,terasa hati pada
benda yang remeh,.Lapang sahaja sepanjang masa.

Moga nanti bila di syurga(allahumma ameen) kita dapat berpimpin tangan bersama,
sebagai  hadiah ALLAH kepada ukhuwwah kita semua, mesti bahagia kan =)

Selamat berjuang sahabat-sahabat, anda antara SAHABAT terbaik yang saya punya..!


p/s: Kawan yang sebenar itu ialah dia yang boleh terima kita masa wangi atau busuk,
makan maggi ramai-ramai walau semangkuk tetap rasa kenyang :)

1 pengomen sporting!:

Anonymous said...

walaupun kita x dapat bersama di saat2 akhir di PJ.. semoga ukhuwah kita kekal abadi~ Ukhuwah fillah abadan abada~

+ gonna miss u a lot~ =)

 

Blog Template by BloggerCandy.com