Alhamdulillah 3x.Saya diberi masa dan ruang untuk sama-sama duduk dalam
dewan AMF.Yang pasti,dewan penuh dengan brothers dan sisters.Sampai
belakang dan kerusi penuh.Tahniah komiti PRESSS untuk kejayaan ini dan
kalian telah memilih tajuk talk yang mampu menarik ramai untuk duduk
sampai ke kata-kata akhir panelis pada malam ini.
Tajuk adalah: Dari Mata Turun Ke Hati.Memang kuat magnet cinta tarikan
untuk menarik audition untuk datang.Bab cinta sape tak suka kan? :).
Dan saya pun direzekikan duduk dekat kerusi untuk FSCC walhal bukan pun.
Panelis malam ini pula speaker tak asing lagi iaitu yakni Us.Hasrizal@Saifulislam
bersama Sis Munawirah,pegawai PTD dan moderator pula Sir Asyraf Mohd Fauri,
Advisor Enginuess.Makin gamat dewan dengan bius-bius cinta.
Tapi saya tabik sebab pembawakan tema cinta kali ini bukan soal rasa cinta
sepenuhnya yang disentuh tapi lebih kepada muamalat/ikhtikat/interaksi antara
silang jantina.Ia diakui oleh Ust.Hasrizal yang sudah lali dengan tema cinta tapi
kalau dah ada 'Ustaz Cinta' depan mata,soal cinta tak leh nak lari dari ditanya.Hehe.
Segala yang saya tulis ini sekadar perkongsian sepanjang 2 jam berforum.
Maka kalau ada pun mungkin sedikit pendapat dari pandang sisi saya.:)
Tak leh ke bermuamalat dengan brothers @ sisters?
Merujuk kepada Surah Al-Taubah:71 [sila bukak Al-Quran masing2 ye]
Allah telah berfirman bahawa orang-orang beriman lelaki dan perempuan
menjadi penolong antara satu sama lain dalam menyeru kepda makruf dan mencegah
mungkir.Nah, memang boleh bermuamalat TAPI perhatian khusus di awal ayat
telah menegaskan 'beriman' .Itulah dasarnya.Yakni IMAN.
Tapi ada jugak yang jenis tak nak campur dengan orang lain sebab:
1)Tiada keyakinan
2)Terlebih yakin.(susah jugak ni)
Kata Ust.Hasrizal, jangan kita jadi macam 'planet'.Yang hanya akan jumpa
1000 tahun sekali.Dan jangan jadi orang yang terlebih yakin "aku tak perlu campur
dengan orang lain,kubur lain-lain jugak nanti".Sebab nanti sila bawak sendiri diri
anda ke kubur,masuk liang lahad dan kambus sendiri,tiada sapa mahu urus. :)
Realitinya,sejak lahir kita sudah berinteraksi dengan manusia.Bukan kita
sendiri yang potong tali pusat,diazankan,didukung.Semua dibuat oleh orang lain.
Maka hidup kita perlu berinteraksi dengan manusia.Bermain,belajar
bekerja,bersosial,berniaga,berkeluarga.Semua itu ada 'two ways interaction'
Sebab bila mati nanti kita akan didoakan oleh manusia juga.
Tapi,sekali lagi bermuamalat/interaksilah dengan bertunjangkan IMAN!!
Jadikanlah muamalat yang berlangsung sebagai proses untuk mencapai sesuatu
matlamat bukan muamalat sebagai matlamat tanpa berfikir side-effects,aim
of interaction dan sebagainya.Bermuamalat sekadar mahu bersuka-suki.
Tip bermuamalat antara brothers @ sisters:
1)Niat.Adakah sekadar suka-suka.Why I have to interact?
2)Perancangan.Sebaiknya,visualkan apa yang bakal kita nak buat nanti,adakah
betul cara atau ada terlebih suara manja dan cara?
3)Tindakan.How to interact as what we've plannning before.Minta jangan
lepas plan panjang2,termanja pulak bagi sisters.Nauzubillah.Terus straigt
to the point dan fokus kenapa perlu berjumpa.
4)Elakkan berdua.Sebab setan dah sedia senjata diorang dan rela jadi yang ketiga.
5)Berdoalah mohon perlindungan dari perkara-perkara yang tak baik.
Minta dijauhkan dari fitnah dan dapat jaga hati,suara dan pandangan.
Oh,terpanjang berkongsi.Saya terus kepada konklusi:
Islam agama seimbang.Tak disuruh kita menyorok sebab takut nak bercampur
atau tak suruh berlebih-lebih dalam bercampur.Tapi seimbang :)
Hot issue tadi.Bolehkah bercinta sebelum berkahwin??
Anda rasa boleh tak?
Tweet
4 pengomen sporting!:
perkongsian yg menarik..truskan berkongsi...
rugi tak dapat hadir sbb ada dinner kt luar malam tu :-(..tp alhamdulillah sempat bantu dorg utk campaign BSC-Muamalat daripada Press ni jgak..tempah dewan, buat banner..huh
Moga apa yg dibuat, berjaya objektifnya..biar xnampak 'siapa' laksana, namun nampak 'kesannya'..
anon:doakn sy dpt idea/pkongsian tk dkongsi :)
mrzuqi:org pntg uia,biasalah..hjg mgu nih
korg xde plak kn..xpe2,keje blkg tabir,iAllah ad gnjaran :)
Saya still di UIA hujung minggu ni..
Sbb sangat mengimpikan program terakhir ni (mungkin la), Biah Solehah Campaign iaitu 'Anda Bijak Jauhi Zina'...i.Allah akan berlangsung pada 30 Jan, Ahad
Start dgn Qiamulail Sehingga Lewat petang...
Booth masih dibuka utk pendaftaran~huuu
Post a Comment