Followers

Monday, January 17, 2011

Karya: Berperang,mahu?



"jom berperang bersamaku.Mahu?" ajak Khairani

"berperang? bagaimanakah? aku hanya insan lemah,tiada senjata"
tolakan dari Izzati dalam beralasan kerana luar dari mampu dia.

"kita kan ada doa,doakan senjata mukmin.Kita ada Allah,Maha Kuasa dan
Maha Besar,kamu masih belum yakin?" Khairani terus memberi himmah.

"boleh kamu tambahkan lagi keyakinanku sahabat?"pinta dia,perlahan.

"dalam surah An-Nisa' ayat 95-96,Allah SWT berfirman yang bermaksud, 
tidaklah sama orang yang beriman yang duduk(yang tidak berperang) 
tanpa uzur dengan yang berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwanya.
Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan yang duduk
(yang tidak berperang tanpa halangan).Kepada masing-masing,ALLAH 
janjikan (pahala) yang baik(syurga) dan ALLAH melebihkan orang yang 
berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar.Iaitu beberapa
darjat dariNYA,serta ampunan dan rahmat.Kamu nak jadi yang biasa
atau yang dilebihkan ALLAH??"soalan cepumas dari Khairani buat
Izzati terkedu seketika.

"pastinya yang luar biasa,sape nak jadi yang biasa-biasa.Semua
orang berebut nak kot"Izzati tersengih kerang busuk.

"lalu,kamu mahu tak berperang dengan saya ni?"tanyaan Khairani
dengan semangat berkobar-kobar bila lihat sahabatnya makin
bersemangat.

"em,tapi kalau saya hold dulu bleh?tunggu biar saya rasa kuat dulu,
tunggu cukup ilmu dahulu.Boleh kan?"

"kamu yakin kah nyawamu masih ada hari esok sahabat?"Khairani masih
tak putus asa.Cuba lagi menaruh diesel dalam semangat Izzati.

"tak jugak.Mati tu rahsia ALLAH kan.Tapi..."rasa berat itu terus menikam.

"Maka ayuh, tiket perjuangan telah dihulur oleh Dia sebenarnya,bukan
aku,bukan dari sesiapa.Tapi DIA, yang Maha Kuasa!!Jika awak rasa
masih lemah,tak cukup ilmu, lihat mereka-mereka yang hebat
memperjuangkan agama masih menuntut ilmu walau janggut sudah
putih,walau kaki melangkah letih,walau banyak susah dan jerih"
Khairani masih tak putus memberi respon bernas.

"sahabat,nanti kita berperang,kau lindung aku,aku lindung kau eh?
jangan tinggal aku sorang-sorang tau.Kalau aku jatuh,cepat-cepat
suruh aku bangun,jangan biar aku duduk tengok luka sahaja ye"

Khairani tersenyum sambil menganguk.Alhamdulillah.

"Dan ALLAH lebih mengetahui musuh-musuhmu.Cukuplah ALLAH menjadi
pelindung dan cukuplah ALLAH menjadi penolong(bagimu),An-Nisa:45"

"jom,tak sabar nih.Mana alat perang??

"doa sabahat.doa.Doa moga kita diteguhkan iman dan dithabatkan dalam
perjuangan ini.Itu senjata kita.Kita kena banyakkan doa taw.Ingat,Detikan itu 
doa,impian itu doa,ingat itu doa,kata-kata itu doa,fikir itu doa.

Kita kena yakin sahabat!!"

Khairani menyambut huluran tangan Izzati lalu menuju ke destinasi yang
mereka sendiri tak pasti bilakah sinar itu kembali gemilang.

Namun, i'tiqad di hati mereka yakin,Islam pasti kan bangun semula..
Suatu hari nanti.

2 pengomen sporting!:

Bunda mu said...

jangan pernah dan biarkan awak jatuh lama2..
boleh undur sekejap untuk langkah dan lonjakan yang lebih jauh..
doleh diam sekejap untuk fikir yang lebih dalam..
boleh tidur sekejap untuk jaga yang berkualiti..
pokoknya,jangan lama2 adik!

fairuspeng said...

macam kisah benar sahaja...

bolehkan bantu daku juga untuk memiliki senjata ampuh itu?

 

Blog Template by BloggerCandy.com