"Ustaz, kenapa ustaz sapu sampah ini?ustaz tetamu kami,duduklah
biar kami sahaja yang lakukan,"
Teguran seorang urusetia program bila melihat penceramah hebat sedang
menunduk turut menyapu dalam masa menunggu peserta memenuhi ruang.
"sebab mana kita tahu, dengan sapu sampah ini,Allah terima sebagai
amal kebaikan berbanding ceramah ustaz yang berdegar-degar tapi
belum tentu diterimaNYA."
SubhanaALLAH, tak pernah terpikir sampai begitu namun kata-kata itu
terkesan di hati.Benar,kita tak tahu mana amal kita yang diterima ALLAH.
Ini belum dikira lagi bila sedang buat sesuatu kerja datang rasa riak dan
sebagainya yang sering menunjah di hati setiap orang.Hati yang sering
lalai ditambah bisikan syaitan yang mula berbisik naka.Ahh,lemahnya
iman.
Buat sebab nak suruh orang tengok.
Buat sebab nak dapat pujian manusia.
Buat sebab itu dan ini.
Buat sebab ada sebab yang selainNYa di sebaliknya.
Maka,jangan remehkan perkara yang nampak seakan remeh.Mungkin
kecil pada pandangan manusia namun bernilai di sisi ALLAH SWT.
Jika amal itu disulami taqwa,iman dan ikhlas beramal.
Oleh itu,kepada yang suka menulis,hah apa lagi, kongsilah segala ilmu yang
antum ada kepada semua.Mana tahu dari tulisan dan kata-kata kamu
timbul satu kesedaran kepada pembaca sebagai wasilah hidayah dariNYA.
Sukar, memang sukar namun ia tak mustahil kan:)Kamu boleh,insyaALLAH.
Nilaian Allah itu yang bukan besar atau kecilnya amal.Bukan kepada
cantiknya susun atur ayat( tapi penting juga untuk fahamkan pembaca :]).
Bukan juga pada panjang pendeknya tulisan.
Tapi yang dinilai oleh ALLAH itu hati.Hati yang IKHLAS dan mengharap
redhaNYA.Mardhatillah semata-mata.
Jangan remehkan juga walau dengan memberi senyuman dan bermuka
manis dengan sahabat yang ditemui.
Dan jangan remehkan dosa-dosa kecil,sebab dari kecil itu ia akan jadi besar!
Dan jangan remehkan dosa-dosa kecil,sebab dari kecil itu ia akan jadi besar!
Tweet
3 pengomen sporting!:
ya... kerana itu Rasulallah bersabda yang matannya bermaksud lebih kurang begini : jangan meremehkan kebaikan walaupun dengan menyambut tetamumu dengan muka yang manis...
tepat iqbal!!
maka,sebarkan snyuman utk smua:)
mantap izzati:)
selemah2 iman bila kita buang halangan di jalanan(if i'm not mistaken hehe).
awak,sebarkan senyuman bukan pada semua ye.certain org je kot:)
Post a Comment