Followers

Saturday, November 13, 2010

Ubat Hati


Teringat satu lagu nasyid dari seberang bertajuk 'Ubat Hati' dari Opick


Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi
Bagaikan kena  dengan jiwa yang sering banyak berbuat dosa dan perkara
yang melaghokan baik secara sedar mahupun tidak.


Betapa diri  ini sangatlah lalai.


Kalaulah baju mahal yang kita sayang sangat terkena  air karat sedaya 
mungkin kita cuba buangkan karat itu.


Cuba hilangkan dengan menggosok dengan perahan limau,rendam 
beberapa malam,dan ada yang beli sabun untuk hilangkan karat itu 
sebab kita sayangkan ia dan susah nak dapat yang lain.


Bagaimana pula dengan hati yang saban hari mula diselaputi
karat-karat dosa dan jahiliah ini?


Bersihkanlah karat hati itu dengan zikrullah


Rendamkan ia dalam alunan Al-Quran


Gosoklah ia dengan ilmu-ilmu ke arah makrifatullah bersama 
orang2 yang soleh


Jagalah hati dengan puasa-puasa sunat selain yang wajib.


Rawat hati dengan ber'dating' dengan Allah di akhir malam.


Sebab Allah beri satu itu sahaja hati,Tiada ganti lain.Tiada di pasaran.


Jika baju mungkin ada untuk diganti namun tiada ganti buat sekeping 
hati.Caranya tidak lain dengan berusaha memutihkan hati dari titik-
titik karat yang makin menghitam.


Kerna itulah tempat tilikan Allah,maka percantikkanlah secantik-
cantiknya walau terpaksa kerja lebih untuk 'polish' balik.Biar bersinar.
Agar nanti ia berbaloi di sana.InsyaAllah.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana 
besi yang dikaratkan oleh air." 
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati 
ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan 
membaca Al Quran."


Menulis mudah namun praktisnya moga Allah datangkan cara dan rasa.
Sungguh diri ini banyak dosa,Takut untuk mengatakan di atas.
Wallhu'alam

2 pengomen sporting!:

bintuhanafi said...

dik!!!
miss u damn much...
suke entry ni...act, kalau nak diikutkan, kita selalu je dengar pasal ubat hati...tp, manusia ni selalu lupa n sentiasa perlu diingatkan...

Izzati Nur said...

kak
sy pun!! huk3

mmg btul,kna sering
slg igt-migtkn:)

kerna kita hny mnusia

 

Blog Template by BloggerCandy.com