bismillahirrahmanirrahim
salam alayk
Alhamdulillah masih diberi ALLAH kesempatan berada dalam baki akhir ramadhan yang mulia.Syukur juga ana panjatkan kerana berpeluang duduk menkoreksi dan mendapat
satu kesedaran dalam bulan mulia ini.Kesedaran yang disedarkan oleh sahabat-sahabat seperjuangan agar tidak terus lena.Benar-benar menjentik jauh ke benak hati.Alangkah banyak kesilapan diri yang masih tak sedar atau buat-buat tak sedar.
MUHASABAH DIRI
Banyak tanggungjawab sebagai seorang Islam telah dilalaikan.Rasa seperti sudah buat tapi
sebenarnya tidak atau tidak dilakukan dengan baik.Imej Islam sedikit sebanyak tercalar dengan kesilapan ini.Kerja yang sepatutnya berlangsung lancar tersekat disebabkan langkah yang lambat dan sering tertinggal belakang.Buah fikiran yang ada hanya disenyapkan dalam diri padahal manakan tahu ia ada gunanya.Diri telah melambatkan penegakan syiar Islam,kamu sungguh kedekut untuk memberi untuk Islam!astagfirullah..
Benarkah apa yang ku katakan ini?
Yang sangat menyedihkan, umat Islam sendiri tidak melaksanakan kewajiban sebagai orang muslim sejati. Apa tidaknya, sebab mereka belum faham dengan Islam.
Mungkin ada yang mengatakan, saya sudah mempelajari Islam sedari kecil lagi hingga mempunyai ijazah ijazah di bidang Islam, tapi masih belum cukup melaksanakan setakat solat lima waktu, menjaga aurat dan lain lain lagi. Dimana kah silap nya pendidikan itu?
Mungkin saja anda mempunyai ilmu mengenainya, tapi melaksanakannya tidak ada. Sedang kan, yang dilihat di akhirat ialah perlaksanaannya dengan ikhlas.
Wahai umat Islam yang masih terleka dengan dunia. bangkitlah dari tidur mu, kerana waktu tidak menunggu mu.
luruskan aku jika aku bengkok sahabat!tegurlah kerana ALLAH insyaAllah..
sebelum diri ini tersasar jauh.
dan kepada yang menerima teguran ikhlas dari sahabat, jangan rasa down
terimalah dengan berlapang dada krn kita tidak akan nampak
kesilapan sendiri,kamu bertuah ditegur oleh sahabat anda!
0 pengomen sporting!:
Post a Comment