salam alayk
ramadhan semakin suntuk!
alhamdulillah kita masih mengecapi nikmat berada di bulan yg sangat mulia ini
namun sering kita biarkan ia berlalu tanpa pengisian yg lebih membuat diri ini
menjadi hamba.ya ALLAH,ampunkan dosaku.Fatrah ke-3 dalam ramadhan semakin mendekat,bermakna sudah masuk fasa ketiga puasa yakni dikatakan fasa
pelepasan dari api neraka..allhumma ameen ya Rabbuna.
apa khabar ya iman kita setakat ini?
adakah graf semakin naik atau jatuh merudum??
jika naik,alhamdulillah Allah berikan kita nikmat itu
jika turun juga alhamdulillah,Allah masih beri kesedaran sebelum ramadhan 1431
ini berlalu oleh itu,sama-samalah fastabiqul khairat
(berlumba-lumba membuat kebaikan)
dalam masa yang masih berbaki 10 hari ini,insyaALLAH
tiada istilah sudah terlambat untuk merebut pahala yg ALLAH sediakan buat hambaNYA.
janji kita pun kena kejarlah bukan duk tunggu bulan jatuh ke riba..
ALLAH kan amat pemurah dan kasih pada hambaNYA
jauh kasih seorang ibu pada anaknya..
jom sama2 hidupkan 10 malam terakhir Ramadhan yang mana di dalam
dijanjikan satu malam yang lebih baik dr 1000bulan..
nak kongsi nak bangun qiam(ana pun sedang praktikkan,moh la kite)
+ikhlaskan niat
+perbaharui taubat
+segera tidur
+tidur pada siang hari(qailullah)
+tekadkan niat
+mohon bantuan dr ALLAH swt
Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.
Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.
Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:
اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني
"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."
bonus tahunan ALLAH bukan sembarangan.so apa lagi jom kita sama2 bermuhajadah bangun tunduk menyatakan taubat.mohan rahmat dan keredhaan di sisiNYA manifestasikan cinta kita padaNYA. untuk mendapat sesuatu kita perlu korbankan sesuatu untuk dapat secebis cinta dr ALLAH,korbankan lena kita yang panjang itu
ayuh sahabat sekalian,sekali setahun dia datang,tahun depan,tak pasti sempat ke tak??
0 pengomen sporting!:
Post a Comment