Followers

Tuesday, September 30, 2008

berlalulah sudah Ramadhan.


berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa,tiba syawal kita rayakan dgn rasa gembira, anak muda di rantauan smuanya pulang ke desa, ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira..


ralit benar aku dengar lagu nyanyian Anuar Zain dan sape ntah duetnya,lupa..itulah antara lagu kegemaranku bila syawal menjelma saban taun..liriknya yang ceria benar2 penuh ngan mood raya..ingat masa kecik2 dahulu..sesuci lebaran, pulanglah, dari jauh ku pohon maaf, suatu hari di hari..haha, banyak jugak lagu raya yg aku tau tapi tak sebanyak kakakku yang gemar men'download' lagu2..insyaAllah pakar IT negara akan datang..kak ina belanja tau!!

taun ni genap 17 taun, aku dipanjangkan umur menghuni lagu buat sementara di bumi milik Kekasihku Ya Rabbi, panjangkah umur lagi, masih diberi kesempatankah lagi untuk bertemu Ramadhan 1430 yang seterusnya? Ya Allah panjangkanlah umur aku untuk itu..bertemu Ramadhan, bulan yang amat mulia..

taun depan, menginjak 18 taun aku..tu pun jika panjang umur,insyaAllah dapatlah aku terus berbakti untuk orang tua kesayanganku dan keluarga tercinta..nampaknya taun depan takdela orang nak sediakan juadah berbuka dan bersahur sebab taun depan aku dah jadi pelajar IPT..haha luculah plak tapi itulah kebenarannya..kalau taun ni,aku dan yang lain2 di asrama tiap2 hari dewan makan kesayangan begitu' komitmen' sediakan kitorang Naimian makanan best..akan aku ingat selalu aroma dan kelazatannya..tapi nampaknya kena jalan-jalan cari makan macam Maria Tunku Sabr lepas nii..I'll miss my school ,beloved teachers and friends always!!

dah jadi orang tua aku jap agi..payahla nak jumpa sahabat2 kamceng aku, sep2 exco asrama, pimpinan Badar 07/08, soutun Naim , bebudak 5 uh dan teman2 seperjuangan SPM..faiezah, maryam, mirah aziz, anna(ni dah genap 10 taun aku kenal), isna, salma, hajar ramos, mimie, liefa, che tin,epiey arghh, aku sayang korang semua, and thanks a lot sebab paham jiwa aku yang sensitif ni..huk3..nanti kita gempakkan kb mall ngn reunion kite!!

memandangkan nyawa masih melekat dalam jasad aku, aku nak ambik kesempatan mintak maaf banyak2 dari hujung rambut, sampai hujung kaki ,maaf zahir batin atas semua d0sa dan silapku kat semua orang yang aku kenal dan termasukla yang aku tak kenal..aku manusia tak lari dari buat silap selagi hidup ni..maafkan ek!!

p/s: kepada semua pimpinan BADAR SMKA Falahiah, Wataniah, Tok Bachok, Lati, Melor n smua badan dakwah 2008 yang pernah berurusan dengan Badar Naim 08, ana wakil dari pimpinan Badar 08 minta maaf dan terima kasih banyak atas kerjasama dan hubungan 2 hala yang kita jalinkan..moga kerja dakwah kita terus berjalan walau dah kuar dari sekolah masing2 nanti..salam ukhuwah fi mardatillah,insyaALLAH!




1 pengomen sporting!:

kamil said...

Teruskan perjuangan demi Islam tercinta. Bulan Ramadhan ibarat bulan mengasah gergaji.

Hasilnya dapat kita perhatikan pada bulan-bulan yang lain. Semoga Ramadhan kali ini begitu bermakna buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidlifitri

 

Blog Template by BloggerCandy.com