Followers

Friday, July 27, 2012

Nasib Ummah, Peduli dan Berdoalah!

7 Ramadhan 1433 - Lagu Kedamaian by Brothers

“Akak, saya tasmi’ separuh dulu boleh Qunut Nazilah? yang separuh lagi belum habis hafal"
“Boleh, boleh, nanti sebelum tamat program pastikan tasmi’ penuh ok”

Teringat dialog lebih kurang antara saya sebagai peserta satu program dan kakak komiti.
Taklifat menghafal qunut nazilah, surah hafazan Al-Hujurat dan beberapa taklifat yang lain.

Alhamdulillah,walau tak selancar sahabat saya, Athirah dan yang lain yang tak lepas membaca Qunut
Nazilah bila berkesempatan setiap kali solat subuh jemaah dengan beliau di surau mahallah,
at least  masih boleh bermunajat lambat-lambat, mujur komiti jadikan ia taklifat hafalan dahulu ^__^

Saudara seIslam di Syria, Rohingya dan Palestin- KITA BERSAUDARA!

Kelmarin selamat sampai rombongan pelajar Malaysia dari Syria yang dibawa balik berikutan
pergolakan antara umat Islam Sunni dan Syiah semakin kritikal keadaannya. Mengikuti cerita mereka
dari akhbar dan internet, bedilan dan letupan dari udara kedengaran setiap hari serta kereta kebal
mundar-mandir hanya 50 meter sahaja di hadapan rumah mereka.Sungguh mencemaskan.

Masih segar dalam ingatan satu video di FB yang saya curi-curi tengok di dalam kelas BM Kerjaya semester lepas.Video yang mana seorang syuhada' mengucap kalimah syahadah sebelum ditanam hidup-hidup setelah dipaksa tentera Assad untuk melafaz Bashar al-Assad itu Tuhan. KEJAM!Allahurabbi ='(

Di Myanmar, krisis semakin parah dengan dengan penindasan etnik Rakhine terhadap etnik Rohingya Muslim, perkampungan mereka dibakar, mereka sendiri disembelih dan dibakar dan yang terbaru beberapa pendeta Buddha berkumpul untuk menuntut penutupan masjid dan apabila kaum Muslimin sekitar melaporkan kepada pihak polis setempat, dan pihak polis juga menyokong penutupan masjid berkenaan!

[kredit] dan [kredit] -->klik untuk cakna lebih lanjut.
Itu baru beberapa kisah, ada banyak lagi isu ummah untuk kita ambil cakna.

Di Malaysia, keadaan penzaliman berlaku  cara yang halus.Ada pihak yang sangat senang hidupnya sedangkan satu pihak yang lain meringkuk kesusahan yang tak sudah-sudah.Juga zalim atau tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya bila masyarakat dihidangkan hiburan yang terlampau sehingga terlupa makanan rohani sebagai bekal menuju negeri akhirat.

Nikmat keamanan yang hakikatnya merisaukan!

Ingatlah,kita punya pilihan untuk menikmati keamanan mengikut syariat Allah, bukan sekadar mengikut
Dan menjadi pak turut kerana bimbang apa yang dinikmati akan hilang jika tidak menurut!

Doa Sebagai Senjata-Muhasabah

Sekarang, semakin merasai bahawa doa senjata Muslim dan pentingnya kiriman doa dari seorang
Muslim kepada saudara Muslim seagama lebih-lebih lagi buat yang ditindas dan dizalimi.

Kenapa saya kongsikan pengalaman menghafal Qunut Nazilah?

Qunut Nazilah adalah hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah atau kezaliman.



Ia lebih kepada satu seruan untuk kita sama-sama hafal sedikit demi sedikit dan panjatkan pada Allah
di tiap kali melakukan doa Qunut ketika solat subuh, sambungkan sedikit dengan Qunut Nazilah,
sebagai kiriman doa kepada saudara seaqidah yang sangat memerlukan doa kita, nak harapkan kita
pergi ke sana, belum tentu lagi L

Jangan kedekut untuk panjangkan doa dengan qunut Nazilah, lebih-lebih lagi di bulan penuh barokah ini.

Jadilah seorang PEDULISME.Jadi busy body tentang ummah.
"Barangsiapa yang berpagi-pagi dan fokus keutamaan dalam dirinya perihal dunia semata-mata, tiadalah Allah punyai apa-apa urusan untuknya, dan barangsiapa  yang tidak mengambil tahu berkenaan urusan kaum Muslimin yang lain, tidaklah mereka dalam kalangan mereka (Muslim)"
Peringatan ini lebih kepada diri sendiri yang sering lalai dengan nasib ummah.

4 pengomen sporting!:

athirahariffin said...

ingat lagi masa curi-curi tengok video tu maso dale kelas b,... sedihhhhh :(

Izzati Nur said...

huhu dan kantoi dgn cgu chow sbb xdgr dio panggil mntak baco,

smga mereka diberi perlindungan dan kpd musuk2 Islam dihancur dan dijatuhkan.Menangkan Islam keatas mereka yg zalim ya Allah!

Anonymous said...

assalamualaikum.. Sy suka entry ni. Tahniah.. Smoga umat islam bgkit, mmbina kegemilangan islam semula..

Anonymous said...

assalamualaikum.. Sy suka entry ni. Tahniah. Semoga umat islam bangkit membina semula kegemilangan..

 

Blog Template by BloggerCandy.com