Kadang-kadang bulatan itu besar.
Kadang-kadang bulatan itu kecil.
Hanya kuantiti kehadiran yang terjejas, tidak pada kualiti isinya :)
Saya mula mengenali bulatan itu bermula Tingkatan 3, diangkat menjadi penolong naqibah atau co-naqibah buat saya rasa direndahkan sebab memang tak tahu apa-apa.Datang usrah dengan tiada rasa pada jiwa.Dahlah setiap orang wajib beli buku silibus yang mahal itu.Sebab dahulu saya antara geng yang tak suka duduk dalam bulatan yang diibaratkan bulatan skema itu.Itu dahulu.
Usrah,benarlah tak kenal ia maka tak cinta~
Kenapa dinamakan usrah?
Sebab bulatan itu sangat punya ruh keluarga,walau bukan diukur dengan inheritance atau biological siblings tapi rasa adik-beradik itu kadang lebih terasa dari adik beradik sebenar.Sampai ada nama panggilan dari Along kepada Usu mengikut aturan tarikh lahir ahli usrah.Tak tipu saya terasa kekeluargaan itu.
Sebab ikatan itu berdasarkan ikatan Aqidah Islamiyyah.
Ikatan yang kukuh, tidak putus sebab disandarkan pada ALLAH swt.
Diikat dengan Rukun Usrah dari Taaruf kepada Tafahhum kepada Takaful
yang digariskan oleh Assyahid Imam Hasan Al-Banna.
Dari berkenalan-kenalan(taaruf) dari situlah timbullah perasaan saling memahami antara satu sama laen(tafahhum) seterusnya understanding each others inilah yang bawa kepada tolong menolong antara satu sama laen(takaful) tidak kira masa aman atau darurat masa lapang atau sempit.Masa suka atau duka.
Beliau berpesan kepada golongan yang meyakini fikrah ini dengan pesanan:
"Jagalah rukun-rukun ini.Cubalah sedaya upaya merealisasikan supaya hubungan ini wujud bukan sekadar kerana satu arahan,sebaliknya ada ruh di sebalik pelaksanaanya"
Dari usrah jualah fikiran saya lebih cakna pada isu semasa, general knowledge dan ilmu yang membina fikrah Islami, diri juga sudah diprogramkan bukan hanya milik kelurga tapi juga masyarakat.
Dari usrahlah hobi membaca itu semakin boleh diterima oleh diri ini.Kalau tidak saya tidak akan kenal deretan penulis dan buku-buku seperti Apa Ertinya Saya Menganut Islam(antara buku pertama berjaya dihabiskan), menelusuri sirah2 yang buat diri ini semakin kuat kerana yakin bahawa kita adalah antara mata-mata rantai perjuangan walau banyak ujian hidup dihadapi sepanjang jalan panjang ini.
Pernah juga saya dimarahi/ditegur oleh senior bila kata hobi membaca tapi satu nama penulis pun tak tahu dan buku pun dahulu lebih bergenre jiwang karat.Bila diri nak kuat kalau layan jiwang je kan :)
Kerana usrah jugalah saya kenal erti Ukhuwah Islamiyah.Saya dapat berjumpa sahabat-sahabat yang hebat dan saling menghebatkan.Yang semuanya punya cinta dan cita yang sama untuk lihat Islam diletakkan pada tempat tertinggi.
Sahabat yang walau nampak gila-gila tapi ilmu penuh didada tapi tidak pernah meninggi diri.Sahabat yang sanggup dari jauh datang untuk tolong.Sahabat yang akan tegur bila kita nampak lagho dengan bahasa yang sesuai dengan jiwa,penuh hikmah walau dalam senda-gurau.Sahabat di waktu susah juga saya jumpa dari usrah.Dan saya berjumpa dengan mereka yang gila berusrah bilamana dia yang mengutarakan bila next usrah nak buat.Wow..!
Rasulullah saw pernah bersabda:
'seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain' [HR Bukhari]
Sesungguhnya,usrah itu nizhom (sistem) bukan sekadar halaqah bulat kerana halaqah itu salah satu dari pengisian dari sistem Usrah.Dari usrah, terbitlah pelbagai program tarbiah yang mampu mendidik dan membentuk rijal-rijal dakwah.
Terima kasih Allah kerana gerakkan hatiku untuk duduk mengenali erti sebenar usrah.Yang bermula dengan satu bulatan,sekarang saya dah punya banyak bulatan usrah dan telah tersebar ke serata negeri :)
Terima kasih usrah kerana mentarbiah saya,buat saya jatuh cinta pada amal Islami walau saya dapat memberi sedikit cuma.Tapi pesan naqib/ah memberilah selagi mampu, bukan dilihat dari kuantiti tapi nilai itu ada pada memberi tanpa syarat dan seusahanya istiqamah pada jalan ini.
Ikhlaskan segalanya kepada ALLAH.
Saya telah jatuh cinta pada usrah setelah mengenalinya.Anda sudah..?
p/s:malam ini pulang beraya dan bertemu my biological sibling,usrati jannati~
Tweet
4 pengomen sporting!:
ya, saya pun sudah jatuh cinta. tinggal lagi kesediaan unt memberi komitment terbaek. apa gunanya cinta tnpa komitmen. =)
dik...sangat suka entry ni.....
sekian terima kasih...hehe
bila baca, teringat zaman sekolah dulu yg jadi naqibah-usrah yang tah ape2...xd jiwa lsg...
alhamdulillah skg bila Allah beri peluang utk 'ada jiwa' terhadap usrah...
moga Allah masih meletakkan kita terus menerus dlm urusan dakwah ni...n terus thabat~
@abdullah hanzalah:
kita dah sama2 jatuh cinta kan :)
tp benarlah komitmen itu yg ditagih bukti cinta kita pd usrah
@srikandi ISLAM
-yes, its a turning point to me too.dari yg suka duk sore,no social with others,.dan disinilah aku mula cinta pada buku2 wlu xtak lah smpi gila buku..
agree with u my dear, USRAH IS A PLACE AND TIME 4 ME TO RECHARGE MY SELF.duduk bsila dgn shabat2,kakak2 sgt2 dirindui,
mslah scr xlgsung dpt dikongsi n cuba diatasi bsama
moga kita kekal istiqamah di jalan ini,ameen~
@bintu hanafi
-terima kasih jg krn suka, smua dr ALLAH,
sama2 terus menjiwai n mencintai usrah dan bertemu ruh usrah yg sebenar.ameen
@abdullah hanzalah:
kita dah sama2 jatuh cinta kan :)
tp benarlah komitmen itu yg ditagih bukti cinta kita pd usrah
@srikandi ISLAM
-yes, its a turning point to me too.dari yg suka duk sore,no social with others,.dan disinilah aku mula cinta pada buku2 wlu xtak lah smpi gila buku..
agree with u my dear, USRAH IS A PLACE AND TIME 4 ME TO RECHARGE MY SELF.duduk bsila dgn shabat2,kakak2 sgt2 dirindui,
mslah scr xlgsung dpt dikongsi n cuba diatasi bsama
moga kita kekal istiqamah di jalan ini,ameen~
@bintu hanafi
-terima kasih jg krn suka, smua dr ALLAH,
sama2 terus menjiwai n mencintai usrah dan bertemu ruh usrah yg sebenar.ameen
Post a Comment