Ilmu bagai nur, sinar. Dan sinar tidak dapat datang dan ada di tempat yang gelap. Kerana itu, bersihkan hati dan kepalamu supaya sinar itu dapat datang, menyentuh dan menerangi kalbu kalian semua" - Kiai Rais
"Kerahkan semua kemampuan kalian belajar! Berikan yang terbaik. Selepas segala usaha disempurnakan, barulah berdoa dan bertawakal. Tugas kita hanya sampai usaha dan doa, serahkan kepada Tuhan selebihnya, ikhlaskan keputusan kepadaNYA, sehingga kita tidak akan pernah stres dalam hidup ini"
"...Stress hanya bagi orang yang belum berusaha dan tawakal.
Ma'annajah, good luck!"
"Ingat selalu, selama kalian ikhlas, maka selamanya Allah akan menjadi penolong kita. Innallah Ma'ana"
" Pasang niat kuat, berusaha keras dan berdoa khusyuk, lambat laun apa yang kalian perjuangkan akan berhasl. Ini sunnatullah, hukum Tuhan"
"... selamat berjuang. Hidup sekali, hiduplah yang bererti.." -Kiai Rais
"Man shabara zhafira. Siapa yang bersabar akan beruntung. Jangan risaukan penderitaan hari ini, jalani sahaja dan lihatlah apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebab yang kita tuju bukan sekarang, tetapi ada yang lebih besar dan asas, iaitu menjadi manusia yang menemukan misinya dalam hidup"
"....ada dua hal yang paling penting dalam mempersiapkan diri untuk sukses iaitu going the extra miles"
"...pilihlah suasana hati kalian, dalam situasi paling kacau sekalipun. Kerana kalianlah tuan dan penguasa hati kalian. Dan hati yang selalu dapat dikuasai pemiliknya, adalah hati orang sukses" - Ustaz Salman
"Tuhan itu dapat mendatangkan rezeki kepada manusia dari jalan yang tidak pernah kita sangka-sangka"
"...Allah itu dekat dan Maha Mendengar. Dia bahkan lebih dekat daripada urat leher kami. Dia pasti tahu apa yang kami fikirkan dan mimpikan. Semoga Tuhan berkenan mengabulkan mimpi-mimpi kami.."
"...jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar"
Man jadda wa jada. Siapa bersungguh-sungguh akan berjaya~
Tribute buat kakak:
Sangat berterima kasih pada Tuhan kerana menjumpakan saya dengan dia.Dia yang telah dianggap bagai kakak sendiri.Banyak saya belajar dari dia.Dia yang tak kering dengan tiupan motivasi untuk adik-adiknya, tak pernah kedekut nasihat dan ilmu.Tak pernah kenal erti putus asa.Dia yang kuat jiwa tarbiahnya.Dia yang mudah didekati oleh siapa sahaja.Dia yang disayangi ramai dan pasti diingati oleh mereka yang pernah berjumpa dan kenal dengan dia.
Dia yang ingin menakluk dia, menawan Damascus,menjejak Eropah.Dia yang gila buku dan mengembara seluruh dunia.Menjejak mimpi-mimpinya.
0 pengomen sporting!:
Post a Comment