Rasulullah bersabda :
“Sesungguhnya di dalam diri manusia ada segumpal darah (hati), apabila hati
itu baik maka baik pula seluruh diri dan amal perbutan manusia dan apabila
hati itu rosak maka rusaklah seluruh diri (amal perbuatan manusia tersebut).
Ingatlah,ia adalah hati”.
(Shahih Bukhari dan Shahih Muslim dari Nu’man IbnBasyir ra).
Hati, bagai seorang raja yang bertempur dengan diri antara mahu menjalankan
amanah mahupun mengabaikan rakyat yang mana sangat perlukan pertimbangan
yang adil.Memilih antara iman dan nafsu.Kalau hati yang dijaga dan terjaga maka
insyaALLAH iman mampu mengalahkan nafsu.
Bagaimanakah cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup??
1) Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat
kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir
dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai
perasaan dan emosi.
dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai
perasaan dan emosi.
2)Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji
ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara.
Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling
kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas
daripada segala penyakit.

3) Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.
اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan .
Baju yang kotor boleh dibasuh dengan air dicampur dengan clorox biar hilang segala kotoran.Jika mahu baju lembut, ditambah dengan pelembut softlan.
Sedangkan hati kalau ia kotor, bukan senang bahkan kalau terlampau kotor
mintalah hati yang baru.Untuk memelihara hati agar ia tetap sehat dan
bertambah sehat serta istiqomah dalam iman dan taqwa, dan menjadikan hati
yang sakit dan mati menjadi sehat dan hidup, maka ubatnya ialah Al-Qur’an.
Kembalilah pada apa yang Rasulullah tinggalkan pada kita.Bukan ditinggalkan
Baginda SAW pada kita harta yang banyak, bukan juga ditinggal kuasa yang hebat
tetapi Baginda telah meninggalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah. Yang mana dengan
keduanya kita akan punya jiwa yang kaya dan kuasa yang besar mengikut
skema ALLAH dan Rasul.
p/s:bersih,bersih dan bersihlah apa yang tak bersih :)
Tweet

0 pengomen sporting!:
Post a Comment