Followers

Monday, January 31, 2011

Pendapat:Bumi Sudah Amat Tua


"bakpola uje sokmo loni??[kenapalah hujan selalu sekarang?]

"tula pasal,padahal bukea[bukan] musim huje loni"

"bumi tuo doh ti.."[bumi dah tua]
Bumi makin tak stabil.Hujan turun kadang bukan dalam musimnya.
Seingat saya,sewaktu belajar Geografi Tingkatan 3 tak silap, musim
hujan di Malaysia sekitar bulan 11-1 disebabkan angin manson tropika
dari Sumatera[salah betulkan :) ]

Bila disoroti peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah SAW,antara yang
ditemui oleh Baginda SAW ialah seorang perempuan bongkok tiga
menahanRasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah
gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Kalau ketika itu sudah bongkok tiga,sekarang mungkin sudah
bongkok tujuh.Lebih 1000 tahun sudah berlalu peristiwa agung itu,
peristiwa dimana kita difardhukan solat fardhu 5 waktu daripada 50
waktu sebelumnya disebabnya sayangnya Baginda pada kita,
ummatnya dan Maha Pengasih Allah, yang tahu kemampuan dan
kondisi hamba-hambaNya.

Lalu tidak pelik jika bumi sekarang berlaku fenomena luar jangkaan
dek kerana ketidakstabilan bumi.Gempa bumi, tanah runtuh, banjir besar,
tsunami dan  segala bagai yang tidak dijangka.Maksiat pun semakin
kritikal nazak dan pembunuhan berlaku di mana-mana menambah lagi
kegoyahan bumi menanggung beban dosa-dosa penghuninya.Astagfirullah.

Sebagai seorang yang Muslim yang beriman dengan hari kiamat, banyak
sudah tanda-tanda yang diberi oleh bumi tua ini bahawa ia sudah terlalu tua.
Ingatan buat diri ini yang banyak lalai, ambillah ikhtibar dan duduk renunglah
dengan apa yang berlaku.

Apabila Nabi s.a.w ditanya oleh Jibril a.s tentang bila berlakunya kiamat,
Baginda menjawab: “Yang bertanya lebih tahu dari yang ditanya. Kerana 
baginda s.a.w hanya dimaklumkan tentang tanda-tandanya sahaja”.

Tarikh berlakunya kiamat hanya menjadi rahsia Allah yang Maha Mengetahui
dan Maha Berkuasa.Usah dikaji dan dicari bila berlaku kiamat sebab memang
kita takkan tahu melainkan tanda-tanda yang sudah banyak berlaku.
Open our eyes,can u see the signs of Qiamah?

Mati itu pasti,kiamat itu diyakini.Jangan sampai pintu taubat tertutup
baru nak sedar dan bertaubat.Rebutlah untuk berbuat sebanyak amal.

Perkara yang paling menakutkan apabila Allah bertanya:  
(Apakah yang memperdayakanmu hingga sanggup derhaka 
(waktu di dunia) kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia). (Al-Infitar: 6).

Apa kita mahu jawab nanti?Moga kita tergolong dalam golongan yang
sentiasa insaf dan bertaubat dengan dosa-dosa yang dilakukan.

Benar,iman bertambah dan berkurang lalu jangan biarkan ia jatuh merudum.

Tingkatkan amal,cuba zerokan dosa =)

5 pengomen sporting!:

srikandi ISLAM said...

Monsun Timur Laut (Pantai Timur): Nov-Mac
Monsun Barat Daya (Pantai barat): Mei- Sept

Angin Sumatera ko gapo dio namo dio :
Antara monsun2 yang disebut di atas dan pantai barat hok keno angin ni

hok ni setakat hok ingat lah

kalu saloh oyp

fairuspeng said...

sungguh menikam kalbu dan tersentuh di hati...

TulipKu said...

sekarang tidak mengira angin..

Izzati Nur said...

mirah: hoho yolo doh kot tu yg mu igt..

a.peng: menikam kalbu?tulisan a.peng lbih mnikam lah

k.alia:yess,xkira masa skrg nih.
hujan panas dtg bertimpa =)

woot woot said...

ini yg kite cari,kesedaran..tanggungjawab dalam menyedarkan kawan2,even strangers :)


teroskan menulis dengan ikhlas,moga2 nilai dakwah kite yg secebis ni bernilai di sisi Allah ^^

 

Blog Template by BloggerCandy.com