Followers

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432

1431 Hijrah bakal berlabuh kurang lebih 4 jam lagi.


Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.


Terfikir-fikir apakah yang telah saya lakukan sepanjang setahun
Islam ini ya?Bermuhasabah balik tentang diri.


Ahh, masih banyak kurang,tersangat banyak namun itulah manusia.
Masih saya ingat beberapa azam tahun hijrah setahun lalu yang masih

belum tertunai sehingga hari ini.Dan esok sudah masuk tahun baru.


Betapa ruginya wahai diri.

Oleh itu tak boleh nak berazam lebih-lebih lagi, harus melunaskan 
yang masih tertunggak.Nanti tak terkejar azam yang ada jika 
nak taruh banyak-banyak. Kalau nak kejar orang bernama azam sempat 
la kot :) 


Jom kita sama-sama duduk bersama keluarga dan sahabat handai lalu
membaca doa akhir tahun sebelum maghrib dan doa awal tahun 
selepas maghrib.


Moga tahun baru yang menjelma menambah nilai diri kita dalam menyumbang
untuk Islam dan terus memberi yang terbaik untuk segala hal,insyaALLAH.

p/s:Saya bakal bersama anak-anak kelantan untuk bacaan petang ini
beramai-ramai.Perasaan seronok mula terasa.
<

0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com