Followers

Monday, October 4, 2010

nak daraemon sebesar abang

Kesempatan berehlah bersama sahabat-sahabat yang jatuh bangun bersama memang 1
peluangyang jarang ada tapi Alhamdulillah Allah mengadakan peluang itu kepada kami
walaupun sekejap.Setelah 1 semester melalui hidup sebagai pelajar dan pada mas yang
sama wakil di atas bumi kampus memang memenatkan tapi subur dengan ukhuwah dan tarbiyyah,iAllah.

Teringat satu ketika di slot sharing moment:

“Mana lebih best,memberi atau menerima?”ana diprovok dgn soalan begitu.mulanya hanya 
tersenyum walau dalam hati mengiyakan bahawa memberi memang lebih baik dan best.

Soalan diulang bila melihat ana diam sahaja.”mana lebih best,kalau terima atau beri hadiah?”soalan ditukar sedikit.memutar mungkin

“err terima,tapi dua-dua pun best!”ahh tiba-tiba itu yang keluar dari mulut ana.spontan.

Mungkin minda teringat zaman dahulu kala ana yang lebih suka menerima dari memberi  
lalu itulahyang keluar atau minda sedang lapar minta diberi dan pasti ana akan menerima 
dengan gembiranya kerna kami semua belum makan walau jam mendekat ke pukul 11 malam.

“ok,kalau macam tu.Ceritanya begini.bayangkan kalau seorang ayah yang nak pergi 
outstation lalu bertanya kepada anaknya,"abang nak ayah beli apa??"

“abang nak doraemon yang sama besar dengan abang ni”minta anak
ayah sudah garu kepala.
“ok ayah cuba cari untuk abang ya”ayah tidak mahu mengecewakan abang



Dalam  perjalanan outstation di beberapa buah Negara,ayah dalam sibuk,sempat mencari
daraemon besar.Negara pertama kelibat doraemon tak nampak terus menjejak Negara kedua jumpa tapi pendek dari apa yang diminta anak.Ayah masih tidak berputus asa,
mohon jumpa di Negara ketiga .Direzekikan di situ,dijumpakan dengan daraemon
 sebesar anaknya lalu terus dibeli dan dibawa naik bersama flight balik ke Malaysia.

“abang,ni ayah jumpa daraemon besar abang,suka tak??anak kesayangan itu terus dicari

“wahh.daraemon besar!!terima kasih ayah!”cepat daraemon bertukar tangan setelah 
ayah dipeluk tanda gembira yang amat.terus si anak mendakap patung sebesar diri 
sendiri,daraemon itulah peneman tidur, kawan bicara ketika bermain dan makan,
dibawa serata rumah.

Ayah melihat sayangnya anak dengan daraemon dengan senyuman puas.amat puas!
walau daraemon sudah bertukar warna dek dijaja setiap masa.

“ketika ini siapa yang lebih gembira??si ayah yang memberi atau anak yang menerima??
kami yang ralit mendengar cerita diprovok sekali lagi.

“AYAH!!”dengan satu suara menjawab .pasti kali ini.

Benarlah,sebagai daie’,berilah semampu dan seada yang mungkin.Memberilah tanpa syarat.
Kerana memberi itu sangat banyak sahamnya kepada kita nanti.Memberi ilmu bermanfaat,
bila ilmu dipanjangkan,saham kepada kita juga akan berterusan walau sudah tiada nanti.



Namun diingat kontranya tetap sama.Janganlah memberi sesuatu yang tidak baik kerana 
sahamnya akan kekal.Sanggupkah kita menanggung dosa terus-menerus.Nauzubillah.

Jom memberi tanpa syarat kepada orang di sekeliling kerana mana tahu ketika dan saat 
itu mereka memerlukan apa yang kita beri.Paling mudah,berilah senyuman dan bermuka ceria setiap kali bertemu saudara seIslam,itulah antara yang dianjurkan Islam dan ia 
mudah untuk dipraktikkan.

 Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) 
lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta).
 Makakerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah
 ialahketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai
meminta-minta)Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon 
dicukupkan(agar ia tidak bergantung selain kepada Allah)
 Allah akan mencukupkannya.”



(al-Bukhari)


1 pengomen sporting!:

Zahra Ameerah said...

betul at,

frasa "erti hidup pada memberi" tu seharusnya dihadam buat semua para dai'e

apa-apa pun, pengalaman bersama yang setahun setengah memang tak dapat dilupakan (:

 

Blog Template by BloggerCandy.com