Followers

Sunday, March 14, 2010

KEM WAJA DIRI 2010

Bismillahirrahmanirrahim,alhamdulillah, bermula 11-12Mac 2010, saya diberi peluang dan ruang oleh Allah swt untuk bersama adik2 tingkatan 3 SMKA Naim Lilbanat untuk satu kem motivasi@ Kem Waja Diri.

Melangkah ke bumi Naim, kenangan selama 5tahun seolah-olah berputar di kepala,dan saya merindui saat2 indah itu.Saya datang dengan 1misi bersama comittee yang lain, untuk membantu menyuntik aliran motivasi dalam diri mereka, dan dengan izin Allah sambutan amat menggalakkan dengan peserta 182 orang, alangkah semangatnya adik2 akak ini dan semangat mereka membuakkan lagi tekad kami ingin beri yang terbaik buat adik2 tersayang. 

foto2 kenangan:

 adik2 pmr 2010
 teruja melihat dan memberi sokongan
 encik muizuddin menyampaikan ceramah 1
"Aku Seorang Juara"
jika kau fikir kau BOLEH!!
encik muiz membuktikan kuasa kawalan minda
boleh duduk atas badan dengan coolnya
aktiviti REHAT MINDA
tp still menguji minda
 encik fakhrul rizal-ceramah 2
"pengurusan masa yg sistematik"
barisan facilitators

betapa 2 hari yang diluangkan bersama adik2 mencipta memori indah antara kita.Pesan akak:

riang kita dengan ceramah motivasi,LDK,berforum, moga adik2 dapat mencari mutiara2 input yg ingin diberikan untuk melayari bahtera ke medan peperiksaan PMR 2010 nanti.Terkadang, kita merungut masa tidak mencukupi, silibus sekarang susah, cara pengajaran cikgu tak secocok dengan diri kita, tapi adakah kita mampu mengubah semua itu??namun ingatlah, kita mampu mengubah diri kita sendiri, jika rasa tak punya masa yang cukup, time management amat penting kerana jikakita tidak memotong masa, masa akan memotong kita.Jika silibus susah, kita perlu berusaha dan belajar lebih kuat dan gigih.Jika pengajaran cikgu kurang secocok dengan diri, carilah titik keseronokan di dalam belajar yang sesuai dengan diri adik2, adik2 lebih tahu potensi dan kelebihan masing-masing.Kuasai minda adik2 ke tahap maksimum.Yakin boleh!

Akhir sekali, letakkan pergantungan pada ALLAH paling tinggi,Dia sentiasa bersama kita saat susah mahupun senang, ikhlaskan hati dalam menuntut ilmu Allah yang amat banyak dan jadilah belajar sebagai satu jihad yakni jihad ilmu.Akak percaya adik mampu melakukannya dengan izin dari pemilik segala ilmu, Allah Ya 'Alim..sirru 'ala barakatillah untuk adik2, pelajar PMR 2010,moga dapat 9A++ dan membuat ayah dan bonda adik2 tersenyum bangga,insyaAllah..
kuatkan hubungan dengan ALLAH, jaga hubungan dengan manusia, tunaikan tanggungjawab pada Allah, ibu bapa, guru dan orang sekeliling..senyumlah pada sinar yang menanti di hujung perjalanan.



 let's CHANGE!!

^^aku seorang juara^^

3 pengomen sporting!:

Muizzuddin Mukhtar said...

salam, boleh tak abe nak komen2 positif dari urusetia dan peserta tentang modul ceramah abe? sebab nak buat komentar dalam blog abe

hanisah yusra [BPDQ] said...

salam etiey..mn pic nisah?hehe.xde lah, tnye je.sory etiey, mlm muhasabah xsht

etiEy said...

sori nisah
ety pun baru perasan pic kita xde pun kan..
xpela nati kita jmpe,kita amek pic by2 ea..jg kesihatan leklok taw

 

Blog Template by BloggerCandy.com