Followers

Monday, February 22, 2010

formula 4M

sebulan sudah tak update sesawang bersawang..dek final exam yg menghambat dan preparation yang tidak mantap namun alhamdulillah sudah melepasi 1 ujian dunia..akhirat bagaimana??

sekadar berkongsi juntaian ilmu berkenaan cara pengendalian usrah yang berkesan:

formula mungkin mudah cuma setakat mana dapat kita adaptasi(betulkah ayatku,lama tinggal BM formal) ketika mengendalikan usrah atau mungkin berukhuwah sesama sahabat..

formula 4M:-

MEMBERI

benarlah dgn motto ustaz harizal "erti hiup pada memberi" kerana bagaimana mungkin kita diberi jika kita tidak memberi..contoh: bagaimana kita akan dikasihi mad'u jika kita tidak memberi kasih dri pihak kita dahulu..berilah seikhlasnya pasti Allah berikan yang lebih hebat dan syok kepada kita..tunjuk kasih kita kepada adik2 dgn memberi hadiah, sms, ilmu dan sebagainya..biar sedikit asalkan ada input kerna output nanti pasti tinggi..yakni disayangi mereka..alangkah beruntung dapat menambat hati dgn kasih sayang keranaNya..

MENERIMA

disamping memberi, perlu ada skop menerima..yakni menerima adik2 usrah mahupun sahabat sepakej lengkap, bukan hanya ambil sisi positif..sisi pasitif,sedayanya kita perkembangkan potensi,sisi negatif,sedayanya kita cuba meminimakan..sukar bukan??tapi ingat belum cuba belum tahu keefektifannya..inilah pentingnya taaruf, tafahum dan takaful dalam berusrah

rukun usrah:
taaruf-(post mortem him/her +ve n -ve side)
tafahum-(understand n accept him/her +ve n -ve side )
takaful-(help him/her to maximize da +ve n minimize da -ve side)

MEROBOH

bukan meroboh rumah tapi meroboh boundaries(benteng) antara kita dan dia..silap kita kerana meletakkan gap dan membuat dia semakin jauh..mad'u terasa dirinya serba rendah diri untuk duduk bersama sebab dia paling brutal antara mad'u yang laen,,so,naqib/ah perlu brutal dgn merobohkan jurang yang ada, tetak pecahkan segala barriers yang ada tanpa membunuh hormat antara kita dan dia..buatlah dia terasa seperti adik-beradik tanpa ada segan/malu..

MENGHARGAI

selepas acuan memberi, menerima dan meroboh, akhir sekali, tambahkan rasa menghargai dengan memugarnya dengan pujian kepada mad'u..ingatlah, sekali kita topup imej yakni menghargai mad'u, mereka turut akan topup imej kita kepada orang lain.. indah bukan??hargailah orang sekeliling, hidup akan lebih ceria dengan jalinan kasih-sayang

formula sudah ada,tinggal sekarang aplikasikan dengan add,minus,times n divide!!

~JALINKAN KASIH SAYANG~

0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com