Followers

Monday, December 14, 2009

Ukhuwwah

ukhuwah adalah persaudaraan: di mana hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan Aqidah
yakni Islam.Ikatan inilah yang paling kukuh.Dari ukhuwah yang mantap, terbinasatu
kekuatan kesatuan.Tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang.Makan bersama itu ukhuwah,
bermain bersama itu ukhuwah, buat program bersama itu ukhuwah,malahan tidur
berjemaah itu juga ukhuwah.

tahap ukhuwah terbahagi kepada 3:

1-berlapang dada
2-kesama-rataan
3-ithar(melebihkan saudara dari diri sendiri yakni tahap paling tinggi)

saudara yang benar dengan fikrahnya akan melihat saudaranya lebih utama untuk diberi
perhatian dari dirinya sendiri kerana kalaulah mereka tidak bersamanya, pasti besama
selainnya.Sesungguhnya serigala akan membaham kambing yang kesesatan

      "mukmin dengan mukmin yang lain seperti satu bangunan yang kukuh"

      "mukmin dengan mukmin yang lain ibarat 1jasad, jika salah satu anggota sakit,
        seluruh jasad turut menanggung sakit"

inilah situasi yang perlu kita wujudkan.Anologi mudah.Bayangkan kita sakit gigi, masyaAllah
pasti kerja tak jalan sebab anggota yang lain turut terkena sakitnya, bercakap pun tak nak,
perut pun tak nak terima makanan, mata sesekali mengalir air mata, tangan mengusap air
mata yang jatuh, kaki cepat2 ingin berjumpa doktor bagi mengurangkan sakit gigi.

 "tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana dia tidak mencintai saudaranya
   seperti mana  dia mencintai dirinya sendiri"

mantapkan ukhuwah, ledakkan taqwa kepada Allah dengan saling mengingati ke arah
mendekati Pencipta yang memberikan rasa kasih dan sayang dalam hati kita semua.

    "dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran."
     (Al-'Asr:3)

Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu
untuk memenuhi perintahMu, bersatu memikul dakwahmu, hati2 ini telah mengikat janji
setia untuk mendaulatkan syariatM, maka eratkanlah ya Allah ikatannya, kekalkan          kemesraan antara hati2 ini,tunjukkanlah hati2 ini jalanMu yang benar, penuhilah hati2
ini dengan cahaya RabbaniMu yang tak kunjung malap,lapangkanlah hati2 ini dengan
limpahan iman,dan keindahan tawakkal kepadaMu, hidupkan hati2 ini dgn makrifat
tentangMu,jika kau mentakdirkan mati, maka matikanlah kami sebagai para syuhada'
dalam perjuangan agamaMu,Engkaulah sebaik-baik sandaran, sebaik-baik penolong.
Amin Ya Rabbal'alamin..  (Doa Rabhitoh)




           'sayang sahabat2ku kerana Allah, kerana Dialah yang mengatur pertemuan indah ini'

0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com