Followers

Tuesday, January 27, 2009

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa…


  1)  Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b.  Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:  
   
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari  kiamat.'Baginda  menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan  Baitulmuqaddis.'    
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...  
     
2)  Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang  seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka  pada zaman mereka
inilah kiamat akan  datang.'- Sahih Muslim  

~ dah nampak dah...  

3)  Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah  runtuh, rusuhan &
perubahan  muka'. Adayang bertanya  kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah  bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila  telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²  
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi  Fantasia,
Anugerah  Muzik...      
 
   
4) Menghias masjid &  membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat  ialah manusia
bermegahan dalam  mendirikan masjid'-  Riwayat Nasai.

~ memang dah  nampak dah...
   

5)  Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &  
hubungan  dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak  
perbuatan & perkataan keji,  memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam  
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak  pasal malu......
   
 
    
6)  Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  Allah mengambil
orang2 yang  baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang  
tinggal padanya  kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf  dan tidak mengingkari kemungkaran'- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para  ulama'yg tinggal...     

7)  Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat  ialah dunia akan
dikuasai oleh  Luka'bin  Luka'(orang yang bodoh  & hina).
Maka orang yang  paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang  diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George  Bush, Ariel
Sharon& kat  Malaysiapun ada....  


8)  Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya  sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah  dekatnya hari kiamat
ialah  manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang  
lain kecuali yang  dikenalnya saja.'- Riwayat  Ahmad

~ jiran sesama islam  pon tak bertegur sapa...      

9)  Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya  telanjang..
Diriwayatkan  dari Abu Hurairah r.a. 'Di  antara anda² telah
hari  kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila  
mereka memakainya  keadaannya seperti telanjang'

~ fesyen zaman skarang (tube,  spaghetti strap, g-string etc..)...  


10)  Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari  kiamat ialah
menggelembung(membesarnya) bulan  sabit.'- Riwayat Thabrani  

~ tak caya gi tengok...  
   

11)  Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.  
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2  besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum  pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu  sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak  menyesatkanmu & memfitnahmu'- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta,  akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......  


12)Banyak saksi palsu  & menyimpan kesaksian yang benar.  
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari  kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan  kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes  peperangan Iraq ...     

13)  Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.  
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'-  Sahih Muslim

~ Dubai
dah turun  salji... Mina dah kene banjir...


sme2 kita ambik renungan..

0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com