Followers

Thursday, December 25, 2008

2008 berlalu 2009 menjelma pula


wah,bagaikan satu yang tak dijangka tapi itulah hakikatnya 2008 bakal berlalu tidak berapa lama lagi diganti dengan tahun 2009 yang belum dapat diteka apa yang bakal berlaku di dalamnya..


menyingkap tirai 2008,banyak pahit manis yang kita lalui bukan..dalam tawa pasti ada hati yang terusik jua dalam senyum masih ada sesuatu yang menyakitkan hati kecil..dalam bergembira jangan lupa pada saudara kita di Palestin,Iraq,Bosnia Afganistan yang tidak henti-henti diselubung derita..sedamg kita yang masih aman perlu bersyukur tidak diuji sebegitu rupa jangan pernah kita alpa dengan nikmat ALLAH yang sangat bernilai dan nikmat yang paling besar ialah nikmat ISLAM dan IMAN..inilah yang membezakan kita sebagai muslim. Panjatkan doa semoga kita masih di bawah perlindungan rahmat Lilalamin hingga akhirat bukan sahaja di dunia ini..ayuh,doakan untuk semua umat Islam di seluruh dunia agar kesudahan kita adalah Husnul Khatimah bukan Su'ul Khatimah,amin Ya Rabbi..


2009 yang bakal menjelma,azamku:-


~dapat tingkatkn lagi ibadat ke arah Mardhotillah

~jadi anak yang lebih baik dr sebelumnya

~tambahkn pembacaan

~cuba untuk melaksanakan azam 2008 yang belum tercapai


insyaAllah~


sebelum tirai 1429hijrah berlabuh, setulus hati kumohon kemaafan dari semua

maafkan segala khilaf san silap tidak kira besar ataupun kecil

halal segala harta,makan dan minum dll

dan terima kasih atas segala yang telah dilakukan padaku,hanya Allah s.w.t dapat membalasnya


~kumaaf dan halalkan segalanya apa yang bersabit dengn Nur Izzati Johari..alhamdulillah

0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com