Followers

Thursday, September 18, 2008

terawihku

18 ramadhan 1429..

malam ni,alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk sujud di sejadah sama-sama bersolat Isyak dan bertarawih berjemaah di masjid Al-Mubin, sekitar kawasan perumahanku..

sepanjang solat,aku berada di sisi ummi. aku pohon segala d0saku diampunkan sama ada yang tak sengaja lebih-lebih lagi yang disengajakan..astagfirullah banyak sungguh d0saku tak terhitung dan pahalaku sangat sedikit berbanding orang lain..layakkah aku bersama para solihin aku akan berusaha ke arah itu dengan izinNYA, selagi kudrat terdaya, sebelum mata tertutup dari melihat dunia..lailahailaallah ya ALLAH kuatkanlah aku untuk dekat kepada-Mu..

tidak lupa aku titipkan d0a kepada kedua orang tuaku yang sangat aku sayangi lebih dari nyawaku sendiri..sungguh, kalau dihitung balik apa yang mereka telah korbankan untukku dan 5 adik-beradikku yang memang tak dapat dibalas..dibalas dengan wang berjuta-juta pasti masih tidak sama dengan apa yang telah mereka berikan..makan pakai, wang dan masa penat lelah dan titik peluh mencari rezeki itu pasti tak dapat dicari sebagai balasan..

Ya RABBI, aku benar2 berharap sebelum nyawaku ditarik oleh malaikut Izrail, tolonglah berikan aku peluang dan kesempatan untuk membalas jasa mereka YA ALLAH..aku harap dapat membuat bakti kepada mereka sebelum mereka juga kembali kepadaMU..ya, kematian itu pasti, dan tidak akan awal ataupun lewat walau sesaat cuma..itu yang aku takutlah bila teringat amalan tidak seberapa dan sedikit cuma..

istilah sahabat pula tak pernah lekang dalam fikiranku..
pasti bayangan rakan-rakan seperjuangan selama 5 tahun aku berada di bumi NAIM tidak dapat hilang ke mana aku pergi selepas ni..faiezah, siti maryam, nur farhana, nur amirah, nur afifah, hajar farhana, isna athirah, siti salma, siti zulaiha hasmimie, nur alifa dan smua teman tersayang dii tingkatan 5 2008 akan terus hidup di minda lewat aku menjalani hidup kurniaan ALLAH..ku doakan kita sama2 berjaya dalam SPM 2008 yang bakal menjelma tidak smpai 2 bulan lagi..yakinlah, kalau kita sudah berusaha bersungguh-sungguh seterusnya bertawakkal kepadaNYA, pasti ALLAH akan tolong kita semua..ingat tu kawan!!

teringat 1 firman ALLAH,
"sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bertawakkal"
pesanan buat semua, walau banyak doa dan permintaan kita kepada ALLAH, jangan di lupa orang yang menemani di sekeliling kita..kalau nak tau, sungguh banyak ganjarannya..alangkah mudahnya ALLAH ingin berikan kita pahala tanpa kita sedari, sedarkah kita itu antara tanda Allah sayang akan hambaNya,olej itu kita seharusnya bersyukur stiap detik..so d0 pray to all people around you too sebab mereka pun sama dengan kita jugak kan?
Seorang Muslim yang berdoa kebaikan dan kebahagiaan saudara muslimnya, maka malaikat-malaikat di langit Allah akan berkata : Dan bagimu seperti itu juga”
(Kitab Malfuzat)

0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com