Followers

Sunday, September 28, 2008

ramadhan bersama Rasulullah s.a.w

oleh: afdhal87

CELAKALAH DIA.. Rasulullah s.a.w melangkah naik ke mimbar.Baru memijak tangga pertama,spontan saja terpacul dari mulut baginda ucapan 'amin'.Meletakkan kaki ke tangga ke dua,rasulullah ulangi lagi kalimah yang sama. dan 'amin' juga yang baginda lafazkan setelah berdiri di tangga yang berikutnya.

Perbuatan rasul itu terasa aneh dalam pandangan kaum muslimin yang ada di situ.Gerangan apakahb yang mendorong rasulullah melafazkan ucapan "perkenankanlah" itu.Doa siapakah yang di aminkan baginda? semestinya permintaan kekasih Allah itu tiba terus ke hadrat Kekasihnya tanpa hijab dan tempoh.

Tidak mahu tersesat dalam selirat andaian dan teka-teki, sahabat pun bertanya kepada rasullulah s.a.w setelah baginda turun dari mimbar.Rasul menjawab ,'Jibril muncul di hadapan ku dan berkata, ' celaka lah orang yang melalui bulan ramadhan yang diberkati tanpa memperoleh keampunan.' lalu aku mengaminkan ucapan Jibril itu.'Naik ke tangga kedua, Jibril berkata lagi, 'celakalah orang yang apabila disebutkan namamu,dia tidak berselawat ke atasmu.' Lalu aku mengamin kan ucapan Jibril.Apabila aku melangkah ke tangga ke tiga, Jibrail berkata,'Celakalah orang yang semasa hidupnya,ibubapanya atau salah seorang daripada mereka mencapai umur tua(dia gagal berkhidmat kepada mereka) menafikan dirinya memasuki syurga". Lalu aku menyebut amin'.

*Rujukan: 3003Cahaya: Himpunan kisah-kisah Malaikat oleh Md. Isa Selamat
sumber:afdhal87_iluvislam

0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com