ramadhan tahun ni membawa 1 keinsafan bagi aku..aku ni bukan pandai bermadah pujangga mcm orang lain,tak juga menulis karangan panjang berjela macam nak buat novel, semua ni mengalir secara spontan dari jari2 kurniaan Allah ni,tanpanya pasti x mampu..ya Allah banyak sungguh nikmatNya, ni baru dengan 10 jari yang aku ada..tambah yang lain, pancaindera yang 5 dan anggota badan yang lain..ish3 banyak-banyak,insaf aku
satu malam tu,lepas terawih macam biasala jemaah aminkan doa lepas 4 rakaat. aku pun sama2 ambik berkat di bulan penuh rahmat ni, aminkan d0a..terlintas di pikiranku tetiba
"ya Allah, ampunkan dosa-dosaku sama ada x sengaja lebih2 yang aku sengaja buat dan juga orang-orang yang aku sayang semua.."aku bisikkan pelan pohon d0aku itu dapat perhatian dari Ya Rabbi..insyaALLAH
masa nilah, di Ramadhan 1429 nilah, baru aku perasan kenapa Allah buatkan tapak tangan kiri 88 dan tapak tangan kanan 18..ya aku tahu itu bilangan Asma Al-Husna,nama ALLAH yg sangai indah & sempurna..tapi 1 lagi yang membuatkan air mataku jatuh bukti aku sangat bersyukur di beri kesedaran macam ni..huk2
dengan 99 jumlah nama2 indah hak milik yang pasti Yang Maha Esa, Dia sengaja memberitahu hambaNya, bahawa Dia boleh buat apa sahaja dengan sifat-sifatNya yang Maha Hebat..ingatkn kita waktu berdoa..Dia berkuasa menjadikan sesuatu hanya dengan hanya berfirman:
"KUN FAYAKUN"
menitis perlahan air mata tika coretkan tentang ini, mungkin orang lain sudah perasan perihal ini
sebelum aku,aku yang lewat dpt kesedaran..namun aku bersyukur x terhingga diberi peluang untuk tahu satu lagi rahsia keagungan ALLAH,Al-Khaliq, sebelum aku kembali bertemu bertemu denganNya, sebelum nyawaku dicabut oleh Malaikat Maut, menuju ke alam barzakh sebelum tiba di alam Akhirat untuk diperhitung amalan penentu Syurga atau sebaliknya..
ya Allah, siapalah aku di hadapan-Mu..??
Tweet
0 pengomen sporting!:
Post a Comment