Followers

Showing posts with label Zikril Maut. Show all posts
Showing posts with label Zikril Maut. Show all posts
Monday, July 23, 2012

Andai Ini Ramadhan Terakhir.

[Harapan Ramadhan oleh Manbai dan Raihan]


Alhamdulillah, Allah sampaikan kita semua ke Ramadhan Al-Mubarak.Semua 
tersenyum panjang kan, merafakkan syukur pada Ilahi :)


Coretan sebelum Ramadhan 1433 H.

22 Sya'aban 1433, nenek saya telah ke kembali ke rahmatullah, setelah 2 tahun 
menghidap sakit buah pinggang.Pemergian yang tak disangka, paginya saya menjadi 
nenek-sitter, menyuap nenek nasi berlauk dan berbual itu dan ini memandang 
pergerakan nenek kian terbatas sementara menunggu giliran dialysis.Pukul 1.30pm,
saya tukar shift menjaga dengan sepupu.Tapi ketika dialysis pukul 3pm,tak boleh buat 
sebab blocked dan dihantar ke wad.Setelah maghrib, nurse cuba gerakkan nenek 
yang seperti tidur tapi tiada respon.Ahli keluarga terdekat dipanggil berkumpul kerana keadaannya semakin kritikal,yang mana disambung dengan alat bantuan pernafasan,
diberi CPR beberapa kali oleh doktor.Dalam 5-10 minit kemudian,doktor keluar dan 
meminta anak-anaknya masuk,mengajar syahadah dan tidak lama setelah atok sampai 
untuk melihat nenek buat kali terakhir, nenek pergi untuk selamanya pada pukul 9.20 pm.Segalanya berlaku di depan mata saya.


Dan untuk 29 Sya'aban 1433, terdapat 2 kematian walaupun bukan ahli keluarga saya,
saya mengikuti keadaan semasa mereka:

Saya menghantar mesej ucapan Ramadhan Kareem sambil bertanya khabar ayah saudaranya,mesej itu dibalas dengan dimaklumkan oleh sahabat saya,Najah yang ayah saudaranya(Ayah Long) telah  kembali ke rahmatullah akibat Leptospirosis(jangkitan 
kuman air kencing).

Dan pada 29 Sya'aban juga,saya diberitahu oleh adik lelaki yang kawannya,W.Hassan 
yang koma seminggu lebih akibat kemalangan telah kembali ke rahmatullah juga.
Mengikut cerita adik, budaknya baik dan senyap sahaja dalam kelas.



Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat ketiga-tiga insan ini yang telah kembali kepada pemilik sebenar,Allah SWT sebelum mereka sempat melihat langit dan berada di bulan barakah, iaitu Ramadhan ini yang saya hampir pasti mereka juga berharap untuk bertemu Ramadhan sama seperti kita.


Allah kabulkan doa kita yang telah diratib sedari Rejab,diteruskan ratiban itu pada 
bulan Sya'aban supaya Allah sampaikan kita pada bulan Ramadhan sekarang. 


ALHAMDULILLAH.




Ayuh sama-sama kita merebut peluang dan ganjaran dan paling penting nikmat
nyawa yang Allah pinjam semaksimum mungkin untuk beribadah dan menghidupkan
siang dan malam hari sepanjang Ramadhan seolah-olah Ramadhan 1433 ini adalah 
yang terakhir, entah sempat atau tidak untuk kita menjadi tetamu Ramadhan 1434 H.


Maut itu kita tak tahu bila akan menjemput dan bila pula giliran kita.


Buatlah checklist peribadi seperti borang muta'baah apa target ingin dicapai sepanjang Ramadhan ini,ataupun letak note di muka depan handset canggih mahupun dekstop
sebagai reminder kita bersama, agar tak tercuai untuk merebut pahala Ramadhan.




ATAU seperti yang comel ini (print,tepek di dinding )


DAN tak lupa formula supaya dapat khatam Al-Quran sebulan,insyaAllah


Yang mana nilaian pahala oleh Yang Maha Pemurah berikan bagi amalan sunnat pahalanya
menyamai pahala amalan wajib dan bagi amalan wajib dilipatkan gandakan sehingga
700 kali pahala yang biasa, Allahuakbar!!


Ramadhan adalah pesta ibadah dan pahala bagi mereka  yang ingin mengejarnya.


"Jadikan bulan Ramadan sebagai pesta ibadah bukan pesta juadah supaya puasa kita 
tidak hanya mendapat penat dan lelah di sisi Allah!" 


Moga kita sama-sama tergolong dan terpilih mendapat piala TAQWA di akhirnya.


Andai ini Ramadhan terakhir,beribadahlah semampu dan sebanyak yang boleh!


The Race is On!


Salam  Ramadhan Kareem,mohon maaf segala khilaf diri ini :)

Wednesday, June 27, 2012

Tribute buat Sang Murabbi

Terlalu lambat rasanya saya menulis sesuatu tentang Sang Murabbi yang satu ini. Manusia kan, sering mengenang bila seseorang itu telah tiada,itulah tabiatnya.Beliau antara insan pertama yang saya kenal ketika mula bertaaruf dengan perjuangan Islam.Buku tulisan       beliau iaitu Amal Jamai'e antara buku rujukan usrah dulu, kini dan insyaAllah seterusnya.

Personally,susuk tubuh itu amat saya segani dan kami hormati.Beliau diberi         gelaran Murabbi Tarbiah yang undoubtedly memang layak.Tegas tetapi lembut,itulah          gaya pembawakan beliau yang memang semua telah maklum.

         Ustaz Yahya Othman,guru yang sangat tak boleh jika muridnya lupa bawa pen dan     kertas untuk  mencatat apa yang disampaikan ketika kuliah,mengantuk lagilah.Jika ada      yang lupa, sama  ada beliau sendiri akan memberi kertas atau meminta si murid itu     usahakan kertas dan pen itu.Si murid pucat memandang kiri kanan depan belakang     meminta simpati jika ada yang sudi.Masih segar memori jaulah 2 tahun lepas.

       Susuk itu saya lihat makin uzur akhir-akhir tahun pemergiannya namun beliau seolah        tak  memberi peluang rehat pada diri selagi dia mampu memberi, berdiri dan berjalan  bertemu murid-murid yang setia menunggu sama ada disokong dengan tongkat, dipimpin
atau berkerusi roda diiringi mana-mana murid yang menjemput beliau dari rumah.

       Walau Ustaz Ya tak boleh berdiri lama sebenarnya, tapi bila lihat ramai anak muda       yang bakal meneruskan perjuangan Islam di hadapannya, dia akan bangun berdiri memberi taujihat sebab dia katanya jadi turut bersemangat melihat pemuda-pemudi Islam semangat, lalu terus ‘menyihir’ dan menjentik kami dengan bait-bait semangat dan bekalan taujihat sepanjang jalan perjuangan yang bersifat nafas panjang ini.


     Hujung minggu lepas, sementara menunggu adik-adik badar tingkatan 3 untuk sesi    refleksi diri kepada adik-adik naim tingkatan 1, saya membelek-belek buku nota. Buku nota yang pernah hilang beberapa bulan setelah saya give up mencari merata-rata namun dengan izin Allah ada hamba Allah yang mengembalikan kepada saya ^___^

      Gembira bukan kepalang kerana buku itu punya isi yang berharga yakni antara isinya    ialah catatan kuliah semasa slot ziarah ke rumah Ust Ya bersama segerombolan sahabat.
Allahu Allah, saya membaca nota itu kembali setelah pemergian Ustaz lebih seminggu lalu

   Yang pasti, acap kali di kebanyakan kuliah Ust.Ya pasti Sang Murabbi tak pernah lupa berpesan tentang Al-Quran.Jangan pernah tinggal baca Al-Quran walau sesibuk mana pun, baca Al-Quran dengan betul,hafal, faham dan hayati maksud Al-Quran.


       Teringat pesan Ust.Zahazan, antara cara nak dekat dengan Allah ialah dengan             baca Al-Quran, dan saya pasti Ustaz Ya pasti hubungannya dengan Allah sungguh dekat kerana itulah antara pesanan hikmat beliau dalam setiap ceramah.Jauh sekali kita ini dengan        Allah kalau nak baca Al-Quran 1 muka sehari pun berat T_T

Dan Ustaz Yahya jugalah yang mengajar saya dan sahabat-sahabat kalimah hikmat;

DAKWAH ITU CINTA!!!
~addakwah al-hubb~


Saya pasti ramai yang merasai kehilangan beliau sama ada yang mengenal secara rapat ataupun tidak seperti mana saya rasa sekarang.Al-Fatihah kepada Almarhum Murabbi           Al  Ustaz Yahya Othman yang telah kembali ke rahmatullah 6.15pm,khamis,14 Jun 2012.
Semoga Ustaz Ya ditempatkan bersama golongan soleh kerana itulah tempat selayaknya
untuk Ustaz Yahya b. Othman,allahumma ameen.



Beliau telah kembali kepada kekasih daerah tinggi setelah meninggalkan sumbangan yang besar untuk perjuangan Islam.Aku bagaimana..?

 

Blog Template by BloggerCandy.com