Followers

Showing posts with label Murabbi. Show all posts
Showing posts with label Murabbi. Show all posts
Thursday, January 24, 2013

Kasih Padamu


Salam alaik :)

Cinta Rasul itu serius tanpa syarat :)
Malam ini malam yang cukup istimewa,12 Rabiulawwal 1434 H.
Terasa sungguh auranya, moga kita terpilih mendapat syafaatnya.
Allah telah hadiahkan pada alam, manusia luar biasa itu,tak lain Rasulullah SAW.
Datang dia membawa rahmat keseluruh alam, cahaya atas cahaya.Nur 'ala Nur.

Bukan orang Islam sahaja yang mengiktiraf krediadibiliti manusia agung ini.Tapi.

'When I closed second volume( of the biography of Prophet), I was so sorry,
there was not more for me to read of that great life"-Mahatma Gandhi -

Sir George Bernard Shaw kata Nabi SAW 'as a Savior of Humanity'

Dan antara 100 orang yang paling berpengaruh sepanjang zaman yang diranking
oleh Michael H.Hart, yang menduduki top 1 tak lain yakni Muhammad bin Abdullah.

"Muhammad was "supremely successful" in both the religious and secular realms"

Allahuakbar, takde kata terbaik nak ungkap tentang Murabbi Agung ini.

"Kasih Padamu" - Hafiz Hamidun 



Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku
****************************************

Nabi Muhammad SAW juga seorang manusia, tapi dia manusia luar biasa.
Kita yang tak pernah jumpa Baginda mampu menangis rindu, kut kalau 
diizin berjumpa pengsan tak bangun agaknya terpegun dek indahnya Baginda.

Terpaut dengan akhlaknya,senyumnya,sabarnya,pemaafnya,cintanya pada ummat,
tegarnya dalam perjuangan sebarkan dakwah dan Islam kalau boleh seluruh alam.

Jika kita benar mencintai Rasulullah,teruskan perjuangan Baginda SAW.
Sama-sama kita berpimpin dalam 1 saff perjuangan disertai jihad dan pengorbanan.

Allahumma solli 'ala Muhammad. Yuk, berselawat :)
Wednesday, June 27, 2012

Tribute buat Sang Murabbi

Terlalu lambat rasanya saya menulis sesuatu tentang Sang Murabbi yang satu ini. Manusia kan, sering mengenang bila seseorang itu telah tiada,itulah tabiatnya.Beliau antara insan pertama yang saya kenal ketika mula bertaaruf dengan perjuangan Islam.Buku tulisan       beliau iaitu Amal Jamai'e antara buku rujukan usrah dulu, kini dan insyaAllah seterusnya.

Personally,susuk tubuh itu amat saya segani dan kami hormati.Beliau diberi         gelaran Murabbi Tarbiah yang undoubtedly memang layak.Tegas tetapi lembut,itulah          gaya pembawakan beliau yang memang semua telah maklum.

         Ustaz Yahya Othman,guru yang sangat tak boleh jika muridnya lupa bawa pen dan     kertas untuk  mencatat apa yang disampaikan ketika kuliah,mengantuk lagilah.Jika ada      yang lupa, sama  ada beliau sendiri akan memberi kertas atau meminta si murid itu     usahakan kertas dan pen itu.Si murid pucat memandang kiri kanan depan belakang     meminta simpati jika ada yang sudi.Masih segar memori jaulah 2 tahun lepas.

       Susuk itu saya lihat makin uzur akhir-akhir tahun pemergiannya namun beliau seolah        tak  memberi peluang rehat pada diri selagi dia mampu memberi, berdiri dan berjalan  bertemu murid-murid yang setia menunggu sama ada disokong dengan tongkat, dipimpin
atau berkerusi roda diiringi mana-mana murid yang menjemput beliau dari rumah.

       Walau Ustaz Ya tak boleh berdiri lama sebenarnya, tapi bila lihat ramai anak muda       yang bakal meneruskan perjuangan Islam di hadapannya, dia akan bangun berdiri memberi taujihat sebab dia katanya jadi turut bersemangat melihat pemuda-pemudi Islam semangat, lalu terus ‘menyihir’ dan menjentik kami dengan bait-bait semangat dan bekalan taujihat sepanjang jalan perjuangan yang bersifat nafas panjang ini.


     Hujung minggu lepas, sementara menunggu adik-adik badar tingkatan 3 untuk sesi    refleksi diri kepada adik-adik naim tingkatan 1, saya membelek-belek buku nota. Buku nota yang pernah hilang beberapa bulan setelah saya give up mencari merata-rata namun dengan izin Allah ada hamba Allah yang mengembalikan kepada saya ^___^

      Gembira bukan kepalang kerana buku itu punya isi yang berharga yakni antara isinya    ialah catatan kuliah semasa slot ziarah ke rumah Ust Ya bersama segerombolan sahabat.
Allahu Allah, saya membaca nota itu kembali setelah pemergian Ustaz lebih seminggu lalu

   Yang pasti, acap kali di kebanyakan kuliah Ust.Ya pasti Sang Murabbi tak pernah lupa berpesan tentang Al-Quran.Jangan pernah tinggal baca Al-Quran walau sesibuk mana pun, baca Al-Quran dengan betul,hafal, faham dan hayati maksud Al-Quran.


       Teringat pesan Ust.Zahazan, antara cara nak dekat dengan Allah ialah dengan             baca Al-Quran, dan saya pasti Ustaz Ya pasti hubungannya dengan Allah sungguh dekat kerana itulah antara pesanan hikmat beliau dalam setiap ceramah.Jauh sekali kita ini dengan        Allah kalau nak baca Al-Quran 1 muka sehari pun berat T_T

Dan Ustaz Yahya jugalah yang mengajar saya dan sahabat-sahabat kalimah hikmat;

DAKWAH ITU CINTA!!!
~addakwah al-hubb~


Saya pasti ramai yang merasai kehilangan beliau sama ada yang mengenal secara rapat ataupun tidak seperti mana saya rasa sekarang.Al-Fatihah kepada Almarhum Murabbi           Al  Ustaz Yahya Othman yang telah kembali ke rahmatullah 6.15pm,khamis,14 Jun 2012.
Semoga Ustaz Ya ditempatkan bersama golongan soleh kerana itulah tempat selayaknya
untuk Ustaz Yahya b. Othman,allahumma ameen.



Beliau telah kembali kepada kekasih daerah tinggi setelah meninggalkan sumbangan yang besar untuk perjuangan Islam.Aku bagaimana..?

 

Blog Template by BloggerCandy.com