Followers

Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts
Monday, November 12, 2012

XX Versus XY

Salam alaik :) Semoga terus dalam rahmat Allah semua.

"..kain pelikat,kain batik.
U smart, saya memang cantik.."
[edited]

Tajuk catchy kemain.Macam belajar Human Genetic gayanya.Sebenarnya XX vs XY ini ialah 
tajuk forum sempena closing ceremony I-MAC, iaitu "Covering Aurah and Mualamat campaign" 
yang dianjurkan oleh MRC Mahallah Talhah. I'm covered, I'm Osem.


commitee of I-MAC 2012
Main Audi KOS melimpah dengan manusia yang dahagakan ilmu. Dan seperti biasalah, cik sisters memonopolikan kerusi yang banyak.Oh my brothers, where are you?? Oh ya, panelis semalam 
ialah Imam Muda Hassan dan Ustazah Noor Laila :) Depa osem kot! Patot ramai yang datang bak 
hang.Rugi sapa tak pegi, ilmu XX vs XY banyak jugak yang dapat walau banyak gelak sebab lucu.

                                                    ***************************
Ok,meh la nak share ye,sementara content forum tengah segar-bugar,mood pun tengah rajin taip.

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci
 bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.”
 Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan 
pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31)

Ini ayat sedia maklum dan femes bila melibatkan muamalat untuk lawan gender.
Yang mana, untuk XX dan XY supaya tundukkan pandangan,sebab bermula dengan
pandangan, akan banyak berlaku masalah kalau tak jaga.So it's ok dan sangat disuruh 
oleh agama ada rasa malu bila jumpa atau kerja dengan laen gender.

Imam Muda Hasan ada kongsi 6 guideline untuk ikhtilat/pergaulan XX & XY;

1)Jaga aurat, tutup molek-molek apa yang patut tutup,jangan pakai seksakan orang.
2)Jaga pandangan, jangan tengok tak berkelip memanjang.Tunduk bos!
3)Tak bersentuhan. Kacawali darurat, seperti XX kena kidnap depan mata XY, jangan 
tengok je sebab kes tak nak sentuh, huish.
4)Bergaul atau jumpa sebab memang kena jumpa.Bukan sebab gatal nak jumpa saja2.
5)tak berduaan di tempat sunyi, ada setan teman ketiga.
6)tak lunakkan suara untuk perempuan. NO.NO.

Warghhh, banyaknya guideline nak berurusan dengan XX & XY ni. Takpe, Islam kan agama
yang nak jaga kita, 6 je pun, boleh- boleh, kita praktik sama-sama deh :)

Pesan Ustaz Hasan jugak dekat kita XX, dia analogikan jadi macam baju jenama Gucci ke apa
(tak taw sangat brand baju mahal ni) yang mana hanya yang kaya je mampu milik, bukan maen
kena sentuh dan test macam baju yang tengah sale @ bundle.

Untuk fitnah di FB, ustaz pesan buang semua gambar yang tak tutup aurat dan boleh timbulkan
fitnah supaya kita terlindung dari dapat dosa 24 jam dengan gambar kita itu.Nauzubillah.

Untuk part Ustazah Laila pulak,memang tak kering gusi sebab Ustazah telus je cakap.Osem!

Ustazah ada bagitahu kenapa XY secara psikologi dan kajian lebih cepat mati sebab...
XY ini pendengar yang sangat baik, dia dengar je XX duk potpet hari-hari memandangkan XX
pulak jenis suka cerita dan luah masalah, XY dengar dia save in memori, pikir banyak-banyak
then kena heart attack..Lucu dengar tapi adalah jugak betulnya.

Dan untuk karakter dan sifat XX dan XY pula, terutama dalam bergerak kerja.

XX memang jenis kelam kabut (memang kena akui) dan XY pulak jenis relax dan cool,
sebab XY ini lebih emosi tapi XY memang dilahirkan sebagai pemimpin, so XY walau diorang
relax je awal, tapi result@outcome kerja gempak.Hewhew.

Dan, untuk ini XX dan XY kenalah saling melengkapi.Itulah indah cipataan XX & XY oleh Allah.
Suka dengan status FB sorang sahabat yang merupakan MRC Maimunah :)

Maka XX dan XY kena terima perbezaan,cari titik persamaan dan hormati satu sama lain okeh.

Konklusi,

Bahagia itu dari dalam diri, bukan dengan harta yang banyak, perut yang kenyang, gaji tinggi,
dan sebagainya, ramai yang tak bahagia walau dah ada semua benda tapi still rasa empty.
Kerana bahagia itu dari hati kita, kita sendiri yang control bahagia dengan iman.

Kita ini banyak risau untuk banyak perkara yang berlaku tapi kita lupa dan kurang berdoa.
Ustazah pesan, jadi tanggunjawab kita untuk doa, doa dan doa sebab doa senjata Muslim.

Jangan tinggal baca Al-Quran dalam sehari, sebab al-Quran dapat jaga hati :)

Pheww, tahniah untuk yang berjaya habiskan entry yang panjang ini,moga bermanfaat.

p.s:anak dagang ini pulang bercuti barang 5hari,mau ke walimah naqibah.Musim kawen -.-

Tuesday, September 4, 2012

Buat Junior Biomedical Science @ IIUM Kuantan

Pejam celik, celik pejam, makan bangun tidur.Cuti semester dah nak habis.
3 bulan yang cepat berlalu dan sememangnya rumah adalah destinasi percutian terbaik!

[kredit]
Jumaat nanti, saya akan kembali ke kampus tarbiah, UIA kuantan tanah jajahanku.
Laen untuk kali ini sebab bakalan menerima juniors di bawah satu bangunan Allied 
memandangkan kami batch biomedic GX 111 adalah batch pertama yang meraja
secara maharajalela di bangunan ini, seniors sebelum adalah di bawah Sciences :))

What the name of tiger Biomedic ni cikkak?? Jom kita bertaaruf.

Ahha, sejujurnya saya seperti anda, blurr tak tipu mengorek dan mencari erti course
biomedic selain mengguna khidmat Prof.Google untuk bertaaruf dengannya. Tak kenal
maka tak cinta kan dan sila letakkan cinta pada kos ini supaya kita semua jatuh chenta 
dan mencintai biomed setulusnya sampai grad ^__^

Biomedic ni mudah cakap la kan-Medical Science Research yang mana lebih kepada
research.So, pada yang tak suka sangat ekperimen segala bagai, buang jauh-jauh 
perasaan itu supaya anda teruja setiap kali masuk lab dan memakai kot putih yang 
osem sambil jadi nerd uji kaji itu dan ini dan bermain dengan test tubes, bertaaruf
dengan Mr. Skeleton dan Encik Froggy dan laen-laen dengan gembiranya.

Tu je petua bagi meneruskan perjuangan dalam bidang ini,ikhlaskan niat ^__^

Pada Sem 1,  kami 'hanya' ada 2 tough subjek iaitu epidemiologi dan biochemistry 1 
dan tak lupa subjek Computer in Science di samping beberapa requirement subjek 
iaitu Management,Study Cirle dan Kelas Tilawah/Tahfiz.

Maka, anda mungkin mempunyai masa lapang banyak tak sedikit yang akan menjadi 
ujian untuk lebih banyak play here and there. NO NO NO. 

Bukan kata main-main tak boleh, tapi gunakan masa ini untuk skor dean list ye,grab 
the chance and a quite free time sebab next sem anda akan jadi separuh zombi 
kampung pisang sebab kalauikut study plan sama dengan kami,semester 2 agak teruji 
dengan subjek hot tough iaitu Anatomy 1, Physiology 1, Biochemistry 2,BM and killer 
subjek Molecular Biology -,- 

Dan untuk pengetahuan semua, belajar ilmu sains ini jangan pinggirkan ucapan
Subnallah bila tahu,terjumpa dan terbaca the miracles of sciences. Sebab banyak
sangat penciptaan Maha Hebat Allah swt bila kita belajar DNA,systems in our body dll.

Tak payah tapi tak mudah kos biomedic ini bergantung atas diri kita masing-masing.
Belajarlah dengan konsisten seperti senior2 yang performed daebak(hebat) dalam 
kuliah so kita pasti punya masa untuk berpersatuan,berUsrah riang,bersosial 
dengan masyarakat,bermain dan berjoggingg di tasik Kuantan.InsyaAllah.

Masuk Kuantan ini, officially dah jadi degree students, so ujian akademik dan hidup
semakin kuat dan getir.So, pilih kawan yang baik, jaga diri bebaik yang jaga amanah 
belajar parents masing-masing ye.Jangan ikut benda tak elok. Paling penting jaga 
hablun minnaAllah disamping strengthen the bonds dengan manusia.

Banyakkan DOA semoga segala urusan dipermudahkan dalam jihad menuntut ilmu.

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

renungan buat PARA PENUNTUT ILMU..

Salam Taaruf buat semua adik-adik (brothers and sisters) Kulliyyah of Allied Health Sciences dan Salam Perjuangan~Quoted from Bro Luqman Hakim, SRC of KAHS~

Anda akan gembira dan suka bila anda sendiri menghidupkan rasa itu pada course 
biomedic.Get ready to love it ya ! Good Luck to Future Muslims Researchers.

Ingat, cinta akan lenyap dengan lenyapnya sebab -Ibnu Qayyim Al-Jauziyah-

-Batch Biomedic GX 111-
Ahlan wasahlan ila Taman Ilmu dan Budi ye juniors, insyaAllah,jumpa nati juniors :)
Towards profesional Muslims Healthcare,yoossssh, takbir! 

ps: dengar kata juniors batch ini 50++.Kita segeng.Jom gegarkan bumi Kuantan!

Saturday, August 27, 2011

Bakal Berlalu Pergi


Post pendek, berkongsi apa yang sahabat kongsikan :)

Najah Solihah ada berkongsi di facebooknya beberapa hari yang lalu. Dia berkongsi apa yang didengarnya di slot Fikrah Ramadhan di MHI, penceramahnya Ustazah Laila Aniza.

"Ustazah sebut 4 perkara yang Nabi galakkan sepanjang akhir Ramadhan: zikir, istighfar, mohon lepas dari neraka n mohon syurga Firdaus. Kalaupun kita tak rasa 'gha' waktu istighfar,teruskan zikir dan istighfar, sesungguhnya Allah ni Maha Penyayang. Lama-lama, Dia akan campakkan jua kemanisan dalam hati kita,asalkan kita istiqomah dan ikhlas."


Yuk-yuk, kejar Ramadhan yang semakin nak berlalu pergi.Memang kena buat pecutan marathon tak boleh nak main aci kejar lari anak dah.Rebut tawaran pahala berganda dan rahmat yang datang setahun sekali. Nanti menyesal tak sudah.. 

Sesungguhnya ALLAH menyukai amalan yang sedikit tapi ISTIQAMAH <3


 

Blog Template by BloggerCandy.com