Tahun ini direzekikan dua kali lipat pergi pesta buku,qadha yang tahun lepas tak sempat,
walau fulus tak banyak memandangkan income tiada di sem pendek tapi biasawa
BAHMI (abah umi) alhamdulillah ada =P.
Buku dengan rakyat Malaysia secara purata ialah 2 buah buku setahun.
Ya, sangat sedikit, sila ketuk kepala sedarkan diri anda siapa mengaku rakyat jelata.
Kalau negara Jepun, purata tahunan 40 buah dan tidak hairan mereka maju..!
Oh, itu tahun 2005, kalau mengikut statistik 2010 bertambah ke 8 hingga 12 buah.
Tahniah rakyat jelata sebab beza anda dengan rakyat Jepun ialah 28 buah..!
**************************
Nabi Muhammad sendiri di awal masa menerima wahyu dipaksa untuk membaca.
Bacalah..bacalah..bacalah..! seru Malaikat Jibril sambil memeluk Nabi SAW.
Arahan itu diulang tiga kali dan selepas itu barulah Nabi SAW mengikut.
Ini dapat kita ambil pengajaran bahawa dalam proses untuk mengamalkan dan
membudayakan budaya membaca, proses paksaan itu sangat perlu.
Saya malu bila menghadiri program jati diri atau sewaktu dengannya, kami
ditebak, minta tambahkan thaqafah( ilmu + bacaan).Kalian sangat kurang dari
sudut kefahaman dan keilmuan.Bukan sekali tapi banyak kali dan diulang-ulang.
Kepala tunduk pandang lantai, sedar diri memang kurang.
Saya kagum dengan mereka bilamana bercakap berdegar-degar, lengkap dengan
hujah dengan dalil, pendapat,memetik dari buku itu dan ini.Bila nak jadi macam ini?
Sesungguhnya Islam itu berdiri di atas hujjah..!
Rahsianya tak lain adalah membaca dan mempraktikkan apa yang dibaca
dengan mengulang atau mengutarakan kembali.Ilmu akan lebih lekat di minda.
![]() |
| buah tangan di KLIBF'11 |
Bila mulakan perjalanan,pastikan ada buku bersama, bila mahu pejam mata,
bacalah sedikit sebagai ubat lena, bila ada masa kosong, isi dengan membaca.
Ini baru dipanggil membudayakan budaya membaca.
![]() |
| poster di KLIBF'11 |


