Followers

Showing posts with label :buku:. Show all posts
Showing posts with label :buku:. Show all posts
Wednesday, June 13, 2012

VERSUS ;)

Masuk  kali ini dah 3 kali baca rasanya,tanpa skip.Yang pasti dek penangan isi 
buku yang membekas pada hati,kena pada jiwa, terpukul atas muka.
my favoritas writer!
Versus untuk berubah kepada dari tak tahu kepada tahu dengan cari ilmu.
Dari tak baik kepada baik dan lebih baik ikut skema Allah dan Rasul.
Dari tepi jalanan kepada sujud menghadap Tuhan.

Berpeluh juga bila define balik apa maksud B.A.I.K?

Yang pasti,jawapan skema ikut silibus Al-Quran dan Hadith;
Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.

Maka selagi ada benda tak settle belum cukup baik lagi la tu.

Lagi, amalkan Islam secara menyeluruh, bukan aci ambik apa yang kita suka je.
Yang part rasa berat nak buat, macam leceh dan konservatif tinggal.

Ni salah silibus, nak amal Islam tak boleh juz'ie,separuh-separuh tapi take the 
whole Islam walau rasa berat itu lebih baik untuk kesejahteraan diri di akhirat.

Contoh dari buku ini:

Kalau perempuan,

Solat dah baik 5 waktu, tapi tak pakai tudung.Belum cukup baik.
Sama jugak kalau pakai tudung tapi solat tak cukup 5 waktu.Belum cukup baik.

Kalau lelaki,
baca Al-Quran tiap-tiap hari tapi  main bola nampak patella kepala lutut, tak 
cukup baik lagi.Atau solat dah 5 waktu, tapi suka-suki pegang tangan anak dara orang
bukan mahram, tak cukup baik lagi.

Oh macam tu...maknanya selagi tak embrace Islam totally, tak cukup baik lagilah.

Then,THAT its baik.Ikut definisi dia dan memang tepat dengan ayat Allah swt;
Masuklah Islam secara menyeluruh, dan janganlah ikut syaitan kerana dia musuh
yang nyata [Al-Baqarah:208)

Jauh lagi aku nak jadi baik tapi tak pernah lambat kan.
Kita sama-sama berusaha ke arah itu, sebab ingat Allah lihat usaha bukan natijah.

Dan dalam proses nak jadi baik, nak tak nak,kena sangat tabah, kuat untuk muhajadah menuju istiqamah.Mohonnya, moga kita beroleh ikhlas dan istiqamah.


Ikhlas berubah for a better person, for the sake of HIM,for mardhatillah.

Better late than never
But better never late ;)

ps:serius, betapa lalai bila duduk di rumah tapi melihat stok buku yang sama-sama
bercadang untuk baca masa cuti dengan kawan,moga ia jadi penguat.

pss: takde manusia lain di sisi,Allah sentiasa ada ;)

pss:Ramadhan is coming, sebulan lebih je lagi,sampaikan kami ke Ramadhan.

Monday, October 18, 2010

Tahajjud Cinta

bismillah+alhamdulillah+selawat

Saat azan isyak berkumandang, saya tamat membaca buku ini yang mula dibaca semalam.Terasa damai di jiwa.Mungkin ini tanda Allah masih sudi ingatkan saya 
bangunlah tahajjud di kala orang lain lena tidur dibuai mimpi.Diri ini lemah sungguh 
kalau bab2 bangun dari tidur,saya mengaku.Doa kutitipkan agar diri ini ini kuat 
berjuang mengangkat selimut untuk bangun malam sebelum berdegar-degar bicara 
lanjut berjuang mengangkat senjata.

Hadiah Istimewa

Buku ini sudah lama berkenan di hati.Tajuknya best!Namun hanya mampu pinjam dari 
rakan sebilik.Ingin memiliki tapi belum bekesempatan.Suatu  hari,niat hanya mencuba 
nasib membuat sajak Family Day dan nah saya jadi juara walau tak target apa-apa.Dan
buku ini jadi milik saya dengan percuma.Alhamdulillah, impian memiliki tercapai dan 
dapat dari 'family' yang saya sayang.






Al-Kisah Di Balik Buku


Berkisar tentang hidup Mas Fatih yang kuat agama,kerjanya bawa kereta beroda tiga
untuk menyara hidup yang serba kurang di Kota Jakarta.Secara ekonomi hidupnya kurang,namun hatinya tetap mampu bahagia.Nyaris tiada  malam yang terlewat tanpa tahajjud.Setelah istiqamah dgn tahajjud, dia mampu hidup tenang biar sesetengah memandang remeh perihal tahajjud namun Fatih bisa mengambil hikmah darinya.


Suatu hari, Fatih menumpangkan seorang gadis Cina,Lyceen Cee.Malang tidak berbau 
tas tangan diragut tapi Fatih yang mengejar peragut itu dituduh mencuri sehingga 
hampir dibakar orang pasar.Walau sempat diselamatkan  tapi keadaan parah.Fatih dikejarkan ke hospital tapi malamnya dia lari senyap-senyap kerana tidak mampu 
membayar bil hospital.


Dalam pelarian,Fatih bertemu teman yang meminta dia mencari anak kecil yang hilang,Nariah. Fatih dibawa Nisa ke rumah Reno,si penyangak yang talam dua muka.
Dek cemburu kerana memikirkan Nisa ada hati dengan Fatih, Fatih yang ditumpangi di rumahnya dipukul berat dan disuruh dibuang ke hutan atau laut namun dengan Nisa dikhabarkan Fatih lari dari rumahnya pula.


Perjalanan kenestapaan Fatih penuh dengan hikmah.Dari situ, dia tahu bahawa Reno
ketua peragut,Dari situ sakit di sarafnya semakin kurang.Fatih yang sentiasa melakukan tahajjud mendapat pertolongan dari Allah swt.Allah selalu memberi kepada sesiapa yang meminta dan mendekat.


Hadis Qudsi yang disabdakan Rasulullah saw:


"Apabila dia mendekat kepada-Ku sejengkal,maka Aku akan mendekat kepadanya satu hasta.Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan,maka Aku datang kepadanya dengan berlari."


Setelah diselamatkan nenek tua, Fatih kembali ke Jakarta dengan pelbagai misi yang
harus diselesaikan.Dari bekerja sebagai pembawa kereta beroda dia diterima mengajar 
TPA dan di sinilah dia bertemu kembali dengan Lyceen Cee yang ingin mendalami Islam 
dan juga sudah jatuh hati dengan Fatih .Perjalanan hidupnya dimudahkan Allah berkat tahajjudnya dia mendapat biasiswa dari kuliah dan diberi wang saguhati kerana 
Lyceen Cee berhutang nyawa dengannya.


Reno masih menyimpan dendam dengan Fatih dan sekali lagi Fatih dicelakakannya 
namun dari ini terbongkar segala kerja jahat Reno.Fatih dimasukkan ke hospital 
kerana ditembak.Pergantungan Lyceen Cee yang mendoakan dan memasrahkan 
keselamatan Fatih kepada ALLAH melalui tahajjudnya.Dia redha dengan segala 
keputusan Jawapan tahajjud cintanya dijawab oleh Allah bila kenalan Fatih,Pak Burhan 
sudi mendermakan darah.Fatih berjaya diselamatkan dengan izinNya.


The end.


Huhu, olahan tidak sedap walau cerita sebenarnya lebih baik.Saya dapat satu hikmah 
dari buku ini.Moga Allah sentiasa mengistiqamahkan kita dalam berbuat kebaikan pada manusia juga dikuatkan untuk membuat tahajjud walau sekali seminggu pun jadillah.
Moga mendapat cinta dari tahajjud.Jika tidak pasti akan bangun Qiamullail,buatlah 
sebelum tidur.Boleh,insyaAllah.


"Wahai orang yang berselimut(Muhammad)!Bangunlah (untuk solat) pada malam hari
kecuali sebahagian kecilnya.Iaitu separuh atau kurang sedikit dari itu.Atau lebih dari (seperdua itu), dan bacalah Al-Quran perlahan-lahan.Sesungguhnya Kami akan 
menurunkan perkataan yang berat kepadamu.Sungguh bangun malam itu lebih kuat
(mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan." (Surah Al-Muzammil: 1-6)                                          


Kaunter pinjaman buku ini dibuka sekarang,hee~


Sunday, July 4, 2010

sejujurnya saya membeli buku ni kerana warnanya ykni warna kegemaran saya
belek2.subhanalLah wa alhamdulillah saya bertemu 'sesuatu' yg begitu menyentuh jiwa
betapa kerdil dan jauhnya diri ini berbanding para sahabat n alim ulama yg diceritakan dalam buku ini
dari aspek zikrullah mereka, khauf mereka.cinta mereka,kuat mereka.
taqwa mereka,tawadhuk mereka,sisi pandang mereka.
yg bagai langit dan bumi.masyaalLAH
syukran kpd yg recommended kn sy.
moga dia dapat kredit dr-Nya.


ini buku itu

Khadra' Al-Diman

Dapatkan sebuah buku yang amat menarik yang bertajuk "KHADRA AL-DIMAN-Hijau Yang Mempesona"
Antara Kandungan:

1) Suaminya Merpati Masjid
2) Dunia Ibarat kain Pengelap Darah Haid
3) Sembelihlah Nafsumu, Ia Ibarat Anjing Hitam yang Liar
4) Jadilah Anak Akhirat, Bukan Anak Dunia
5) Menangislah, Ia Bukan Milik Perempuan Sahaja
6) Dunia Sekarang Kerugian


tak rugi baca.serius!
 

Blog Template by BloggerCandy.com