Followers

Monday, April 27, 2015

Selepas Dua Tahun

Kaku tangan menyusun baris kata. Ya, setelah 2 tahun tiada abjad disusun mewakili suara.
Entah kenapa tergerak hati menulis di sini sedangkan thesis banyak taksiap.

Doakan saya. Itu sahaja yang dipohon seperti selalunya. Menjadi qawiyyah juga.
Moga Allah istiqamahkan untuk menulis umumnya. Pada jalan juang khususnya.
Blog ini hanyalah sebagai memory-lane, berkongsi dan refleksi. Di Kemudian hari.
Moga semester akhir selepas 4 tahun di bumi Kuantan berakhir dengan senyuman.
Bersama kawan-kawan sahabat-sahabat dan iringan doa Umi Abah dan keluarga.

I like a quote from my bestie Ukhti Najah. " Worry end when faith begins"
Ya, tepat sekali, kerana secara aturcara hidup telah tertulis di Luh Mahfuz,
Moga yang ditulis itu adalah kebaikan dunia akhirat dengan ArRahim Tuhan.
 
Stop worrying and saddening, Keep praying. He's All-Hear:)
Moga didepan hari lebih indah dengan aturan cerita Tuhan.

Oh ya, sekarang saya terjatuh hati pada puisi #suaracerita oleh KurniawanGunadi.
dan Dr. Felina. Best sangat. Sesuai dengan jiwa dan deep meaning. Ini salah satunya. 
Moga Allah Al-'Afuww sudi memaafkan.

#SuaraCerita : Tuhan dan Rahasia



Ketika aku ditanya tentang hal apa yang ingin aku ketahui dari hidup. 
Hanya ada satu hal yang ingin aku ketahui. Bukan soal kaya atau miskinku. 
Siapa jodohku. Bagaimana masa depanku. 

Satu hal itu adalah, memaafkankah Tuhan atas segala dosaku?
Aku hanya ingin tahu satu hal itu saja. Selebihnya aku tidak perlu. 
Aku hanya butuh maaf-Nya dalam hidup ini. Sebab aku sudah banyak berlaku salah. 
Sebab kesalahan itu selalu menghantuiku hingga saat ini. Hendak memilih mati pun, 
itu sebuah kesalahan. Tuhan melarangku mengakhiri hidupku sendiri.

Tidak mengapa aku lepaskan dunia ini. Asal aku tahu, bahwa Dia memaafkanku.
 Aku takut aku tidak berkesempatan masuk surganya. 
Aku takut, kelak di hari penghakiman. Seluruh dosaku diberitakan tanpa dimaafkan satupun. 

Setidaknya aku berterima kasih atas kebaikan-Mu. 
Karena-Mu menutupi seluruh rahasia dan dosa ini. 
Orang-orang melihatku begitu baik. Bahkan beberapa melihatku diatasnya. 
Mereka hanya tidak tahu, apa yang aku sembunyikan dari balik pakaian dan tulisan.

Mereka tidak tahu saja bahwa aku mungkin mengalami kehidupan 
yang tidak pernah mereka bayangkan. 
Yang akan membuat mereka pergi jauh ketika mengetahuinya. 
Begitulah cara Tuhan. Aku tahu mudah bagi-Mu memuliakan manusia dan menghinakannya.
Kemuliaan dan kehinaan sama-sama ujian. 

Dan aku masih tetap sama. Hanya ingin tahu. 
Memaafkankah Tuhan atas segala kesalahan?

Link untuk suara penuh di SoundCloud #SuaraCerita

Regards :
Izzati Nur @IIUMK.
May Allah bless :)
Sunday, June 30, 2013

Maher Zain - Ramadan


Sekejap tadi usha channel AwakeningRecords dekat Utube. Terpempan sekejap.
Semua maklum, Maher Zain punya suara memang syahdu, menyentuh jiwa.
Dengan mood Ramadhan semakin hampir, upload lagu laguni, memang tangkap leleh la.


You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus:
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan,
Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus
I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies
Oh Ramadan!




Allahumma bariklana fi Sya'aban, wa balighna Ramadhan. Balighna Ya Rabb!

Ahlan Ramadhan. Pandanglah aku ya Allah,hamba yang takluntur dari dosa.
I wish to meet you Ramadhan, Ramadan oh Ramadan laytaka dawman qareeb :)

Tuesday, June 25, 2013

#Barakallah Kakanda


Salam. Hola. Kaifa haluk?

Rasanya ana belum buat spesel post kat kakak kesayangan lain mak ayah ini.
Buat dia yang dah masuk 25 hari jadi isteri orang. Sedih tak sedih, mengalir 
jugak ayaq mutiara masa dia nak kawen. 

Kenapa,why ya kalo ada orang tedekat dengan kita seperti kakak, BFF, kak 
naqibah nak jejak marhalah(level) kedua,yakni baitulmuslim, kita yang terlebih 
tragis sedih?? Masa dia nak kawen, nak call pun tak yakin kat diri kut2 banjir 
tanpa kilat lain jajahan. So hanya mampu balas mesej tanya update itu ini. 

Dia di Kelantan, dan ana di bumi Kuantan. Banyak batu kilometer ni.
Atau ana yang terlebih hormon yang secrete prolactin dll ni. Tsskk T.T

Tapi bila lihat kakak bahagia bersama inche suami. Senyum sampai telinga.
Ana tumpang gembira ganda 100. Seronok dan yakin dia bahagia dengan pilihan 
hati, pengarang jantung. Sampai sekarang takde rezeki jumpa alam nyata, 
tengok gambar, usha senyuman dia. Tahu dia dan dia dalam aman sentosa :)

Oh ya, dia dan dia tu adalah kakak dan naqibah saya masa zaman oldskool.
Zaman mula kenal dengan usrah dan tarbiyah yang disulami ukhuwah yang osem!
Zaman ana yang tetiba offer diri jadi ajk masjid. Sebab rasa nak jadi senyap 
sikit dalam masjid bila jadi ajk ni. Bajet siqoh. Eh!

Titik tolak dari situ, Allah gerakkan hati. Buka jalan untuk berada di jalan ini.
*Haa nampak, tarbiyah itu kita kena cari, bukan tergolek datang sendiri*

Lets picture how happy they are now, after 25 day being a wife ^___^


Nurul Khairani with Mohd Muin, married on 31052013
Outdoor shoot bak hang :D
Digelar bonda, maka kami anak-anak dah ada ayahanda bila bonda kahwin.
Dialah kakak yang banyak ajar ana untuk tough dan berdikari di jalan ini.
Ibarat pokok. Tempat ana berteduh tumpang gembira dan sedih. 
Paling tak tahan, dia suka membebel pada ana sama ada depan mata/via sms .
Sebab ana ini anak terlebih dos nakal. Rindu saya lettew. Haha

For me,you are a gift from Allah. I owe u a lots,may Allah bless u eternally.
For Akh Muin, please make her happy dan you are lucky insyaAllah :)


Introducing Nurul Izyati with Fairus Peng on 01062013
My lovely naqibah with a super cool bro :)
Haha, how could I described in words when I got to know K.Yat with A. Peng ?
Seriusly, cool and awesome! Ana kenal rapat kedua-dua sebelum dari mereka 
kahwin tapi takpernah expect diorang akan kawen satu sama laen.
A. Peng yang gege riuh macam ayah dengan K. Yatt yang senyap??
Sweet and Nice. Ana doakan mereka berdua akan bahagia sampai syurga.

*Pss. A.Peng jaga kakak naqibah sayo molek deh.Pesanan tak berbayar*

Okeh. Itu jela kot nak dedikasi untuk kali ini. Again BARAKALLAHULAKUMA :)
Doa ana untuk kakak dan abang yang ana kasihi  fillah, moga kekal dalam
Sakinah, Mawaddah wa Rahmah till Jannah with Love :) 
Moga baituldakwah yang diikat dan dimulakan dengan perjuangan ini
menjadi contoh untuk kami adik-adik dan catalyst untuk terus istiqamah.

"Happy marriage when you're able to be yourself and at the same time be able to accept each other and marriage taught me that : you HAVE to always look at the world from a BEAUTIFUL SIGHT, and it is a choice you have to choose and be chosen.Ya Indah sebuah perkahwinan jika ia dimulakan dengan tanggungjawab perjuangan.serius!" -[Kak Khairani,2013]
Bahagiakan mereka ya Allah, limpahkan barakoh kepada mereka.Ameen..


Thursday, June 20, 2013

Selamat Tinggal Tahun 2

Assalamualaikum semua :)

Pertama, lama tak post apa-apa kat blog nan satu ini. Sem lepas hanya 2 post 
dalam masa 4 bulan. Omaigod. Bajet sibuk apa la tuan blog sampai hak 
kepada blog tak tertunai. Cerita PRU yg blackout pun takda. Maaf blog, 
mohon jangan kering idea menulis. Eh berkongsi :)

Kedua. Alhamdulillah my collegues and I officially done half of the journey 
fighting with all stuff as biomedical students. Rasminya semalam,190613. 
Walau apa yang terpampang kat myportalIIUM, ayuh kita dahulukan dengan syukur
(sujud syukur lagi elok) ^__^

Hmm untuk Tahun 2, Sem 2, aktif jugaklah ana join program biomed, 
sekali lagi bajet jadi orang penting. Entah kenapa terkena pergi sokmo. 
Mungkin sebab ana ni jenis yang susah nak tolak ajakan orang tambah kalau 
datang dengan muka kesian. Memang kena umpanlah kan. Dan jugak program lain.


# Breifing Courses with Seniors HEALS at CFS IIUM, PJ.



#4th National Symposium of Biomedical Sciences at HUSM



#Rehlah GX 1 3.0 at Teluk Cempedak (program batch)




#Campus Dakwah Project 4.0( CAMPRO)

#IIUM BERSELAWAT 2.0


#Petugas sesi berkempen PRU13 di merata-rata. Paling osem!


gambar takde kaitan
Ada yang pernah cakap, enti ni selalu takda kat bilik, pegi usrah,meeting dll, 
sampai kalau ada kat bilik depa pelik -.- Jawapan ana mudah, selagi program 
tu dapat bagi manfaat kat kita, sumbang apa yang mampu, tak rugi pun kan. 
Dari duduk kat bilik, selagi tak pukul 12 ke atas, duk depan buku tapi payah tak masuk. Terbiasa. Maka baiklah ana pegi dengar ustaz/join program.Kut kat situ 
ada pahala melekat, boleh jadi saham akhirat :)  Sapa tak mau kan.

Kalau kita tak cari, takdenya datang sendiri. Bukan terperap di bilik.
Zaman mahasiswa, pesan seniors lasakkan diri.
Bila grad, ada keje tetap dah tak sempat nak join program bagai.
Dan bila kawen, susah nak aktif. Ada kuasa veto inche suami.
Melainkan inche suami yang jenis memahami :)
Please enjoy our student's life as much as u can with ♥


Haaa, dah lori topik! Nak kata selamat tinggal tahun 2 je.
After all, indeed Year 2 is a year that came with a lot of experiences.


Betul lah, pengalaman hidup adalah guru.
A silent teacher yet a valuable one. Priceless.

Ahlan Year 3. Erk after semester break oke :)
Monday, February 25, 2013

Make Hadis 25 Simple & Sweet

Assalamualaikum semua orang :)

Hadis 25, riwayat al-lmam Muslim.


Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat

Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang orang kaya 
telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami 
sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka 
bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah 
telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya?
Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir 
itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil 
itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu 
sedekah dan pada kemaluan seseorang kamu pun adalah sedekah. Mereka bertanya: 
Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnya pun dia 
beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia 
melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian 
jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.




Minggu lepas, 1 sms masuk: 'Ateh-hadis 25, Qiyam & kita usrah sebelum subuh'


Terus lompat ke rak,ambik buku hadith 40.Mak aih, panjangnya, nak oyak gapo laa -.- 


6.10am:Baru start berbulatan di meja untuk tadarus. Muka sememeh ja semua :D

6.15am:Azan subuh.Jawab azan. Kita solat dululah, baru sambung,kata Along.
6.30am:Start dengan part aku, present hadis 25.

Make it short and sweet Ateh, kata Anje dengan mata tak berapa nak buka lagi.

Semua maklum, aku terkejar-kejar nak balik Qlate pukul 6.45am dengan roomates.

Ok I'll make it short and sweet :)


Baca sanad hadis 25.Ambik berkat dari kata-kata Rasulullah SAW.

Walau tersekat-sekat, berhenti banyak di tempat salah. Geleng kepala sendiri.
Acik di sebelah tolong tegur, Anje dah sengih.tak baik!

Baca maksud Hadith seperti di atas. Walau semalam prepare nak present apa,

tapi sebab nak cepat, yang lain pun macam nak 'menghambat' pergi bersiap,
isi dah lari lintang pukang kalah orang lari kena kejar harimau bintang.

Isiku tinggal begini lebih kurang;


Disebabkan Hadis ini berkenaan para sahabat yang miskin iri hati dengan

sahabat yang kaya harta dari segi nak memberi/bersedekah yang mana kira orang 
kaya ini lebih banyak pahala dapat dibuat dengan harta mereka. Nabi pujuk dengan
hadis ini dengan bersabda, bahawa tiap tasbih,tahlil, tahmid, takbir yang kamu
sebut pun dikira sedekah. Buat amar makruf nahi munkar pun dikira sedekah..
Tambah-tambah hari ini hari jumaat, up lagi pahalanya :)

Ya Rahman dan Ya Raheem Allah SWT.

Dengan rahmat dan kurniaanNYA supaya antara kaya dan miskin punya cara sendiri,
ikut kemampuan untuk bersedekah. Miskin ikut cara miskin, kaya ikut cara kaya.

Janji sumber halal dan bersyariat. Bukan janji dicapati. Erk


Dan tinggal lagi, kita nak dan buat ke tidak?


Muhasabah balik, bila masuk duit pinjaman/biasiswa, ada tak bahagian khas

yang diasingkan untuk infaq atau sedekah?? At least keluarkan RM10 dari total.

Biasakan diri untuk infaq walau sedikit, latih diri untuk suka memberi walau sedikit.

Bimbang, bila punya gaji sendiri, lebih liat dan terketar-ketar nak hulur walau RM1.

Pegang firman Allah  Al-Baqarah:261,

Orang yang infaqkan hartanya pada jalan Allah, umpamanya nanti Allah akan gandakan 
dari sebutir biji, menumbuhkan 7 tangkai, tiap tangkai ada 100 biji. Dilipatgandakan.

RM 1X7X100= RM 700 


Peluh menitik,phew. Banyak boh pahala!

Kalaulah kita sedar,kita sedang berjual beli dengan Allah.Nampak syurga melambai :)

Habis usrah, salam-salam. Balik Kelantan untuk misi seterusnya. Usrah hadek2 solehah.





 

Blog Template by BloggerCandy.com